web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

Semasa Dikemaskini 21 minit yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2026 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

Illiyas Jamil, 42, turut didakwa menerima suapan berjumlah RM450,000 bagi membantu mendapatkan kontrak kerajaan bernilai RM8.73 juta berkaitan infrastruktur sukan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan memohon supaya kes tersebut dibicarakan.

“Saya faham… tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut pihak pendakwaan, tertuduh didakwa meminta rasuah berjumlah RM1 juta daripada seorang individu sebagai dorongan untuk bersetuju memilih sebuah syarikat bagi dianugerahkan kontrak menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil.

Nilai projek tersebut dianggarkan berjumlah RM8,733,197. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Perbadanan Stadium Malaysia di Aras 2, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Sri Petaling, 24 Februari lalu.

Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi enam pertuduhan lain, Iliyas didakwa menerima rasuah berjumlah RM450,000 yang turut berkaitan dengan kontrak sama.

Pembayaran tersebut didakwa diterima antara 25 Februari hingga 13 April lalu, dengan beberapa transaksi berlaku di pejabat Perbadanan Stadium Malaysia manakala selebihnya di sebuah restoran di Seri Petaling.

Kesemua pertuduhan berkenaan turut dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan membawa hukuman yang sama jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat, memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia berikutan keseriusan kesalahan serta kedudukan tertuduh.

Pihak pendakwaan juga memohon beberapa syarat tambahan, termasuk menyerahkan dokumen perjalanan, melapor diri kepada SPRM sebulan sekali serta tidak menghubungi atau mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam bela, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, bagaimanapun memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada antara RM50,000 hingga RM80,000 dengan alasan anak guamnya masih muda, mempunyai anak yang masih bersekolah, telah digantung kerja serta memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.

“Anak guam saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dan tiada rekod beliau mengganggu saksi. Memandangkan tiada sebarang tindakan yang menghalang perjalanan kes, saya percaya beliau akan hadir ke mahkamah mengikut jadual tanpa sebarang masalah,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia serta menerima semua syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 27 Julai depan untuk pengurusan kes seterusnya dan penyerahan dokumen pendakwaan. - Getaran, 18 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad