web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 7:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang guru muzik sekolah menengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini, atas 14 pertuduhan serangan seksual fizikal ke atas pelajar bawah umur. 

Tertuduh, Idi Johan Mohd Zohdi, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan pelbagai perbuatan serangan seksual fizikal terhadap enam pelajar perempuan berusia 15 tahun di beberapa lokasi berbeza, termasuk bilik darjah, bilik muzik, bilik matematik, stor peralatan muzik, sebuah rumah kediaman dan sebuah kenderaan di Sekinchan serta Sabak Bernam.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku antara Januari 2025 hingga Februari tahun ini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh turut berdepan hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1), yang memperuntukkan tempoh pemenjaraan tambahan sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan sekiranya didapati bersalah.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar memaklumkan mahkamah bahawa jaminan tidak sepatutnya ditawarkan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan sekiranya jaminan diberikan, jumlahnya ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan, selain syarat supaya tertuduh tidak menghubungi atau mengganggu mangsa serta melapor diri di balai polis setiap bulan.

Peguam bela, Datuk Mohd Imran Tamrin, memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan termasuk seorang isteri dan anak yang masih bersekolah, selain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau turut memaklumkan bahawa tertuduh, yang berkhidmat sebagai guru sejak tahun 2002, tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib sepanjang kerjaya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Tertuduh juga diarahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes. - Getaran, 8 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 26 minit yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 5 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad