web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

Semasa Dikemaskini 56 minit yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2026 7:22PM

Gambar IPD Lipis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan durian di Jalan Lipis-Benta, malam semalam.

Nahas tersebut berlaku sekitar jam 9.20 malam di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu lelaki berusia 47 tahun, Ng See Jou, dan sedang dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur bersama tiga warga China.

Menurutnya, lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu pula sedang dalam perjalanan dari Raub ke Kelantan bagi menghantar muatan durian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, Ng See Jou dan seorang penumpang warga China yang identitinya masih belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya hari ini. 

Ismail memberitahu, pemandu lori serta dua lagi penumpang warga China yang terselamat mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.

“Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Semasa 3 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad