web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2026 12:27PM

Mohd Zaidi Mat Zin - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawaI polis dan isterinya maut, manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di Kilometer 76 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan isteri Nurulfiza Ardiana Ambak, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 3 pagi melibatkan sebuah Proton Wira dipandu mangsa dari Kuantan menghala ke Jempol, Negeri Sembilan dan Honda City dipandu lelaki berusia 26 tahun dari Gelang Patah, Johor menuju ke Terengganu.

"Ketika di lokasi kejadian, Proton Wira dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Honda City," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata empat anak Syah Lokman dan Nurulfiza Ardiana berusia 10 hingga 18 tahun cedera termasuk seorang patah kaki kiri dengan mereka menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Pemandu Honda City juga mengalami kecederaan ringan dan isterinya berusia 26 tahun yang hamil 22 minggu turut menerima rawatan di zon kecemasan hospital sama.

Mohd Zaidi berkata mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat yang dijadualkan pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad