web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2026 3:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM64,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sebuah daerah di Pahang.

Perintah reman terhadap suspek lelaki itu dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di kediamannya.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di satu daripada daerah di negeri ini.

"Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

Semasa 11 jam yang lalu

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Diramal Menang Selesa Di Negeri Sembilan, Zahid Gesa BN Kekal Rendah Diri 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Buru Suspek Kes Tembak Lelaki Di Simpang Ampat

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

oleh Amirah Abu Bakar