web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

Semasa Dikemaskini 31 saat yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2026 7:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengekalkan hukuman mati terhadap bekas mahasiswa, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, atas kesalahan membunuh dan membakar teman wanitanya yang sedang hamil di Sabak Bernam.

Peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili pemuda berusia 23 tahun itu berkata, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan bertarikh 25 Mei selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara selama 40 tahun serta 12 sebatan.

Menurutnya, pendakwaan mencabar keseluruhan keputusan tersebut, namun anak guamnya tidak berhasrat untuk memfailkan rayuan balas.

“Muhammad Fakrul Aiman kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan menerima keputusan panel hakim Mahkamah Rayuan kerana beliau menganggap penghakiman itu adil, saksama serta bebas daripada sebarang kesilapan yang memerlukan cabaran lanjut,” katanya.

Tertuduh sebelum ini mengaku bersalah atas satu pertuduhan membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam pada 22 Mei hingga 8 pagi pada 23 Mei 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Klang, Norazlin Othman, pada 15 Oktober 2025 menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh.

Beliau berkata, mahkamah mengambil kira tahap keseriusan perbuatan itu yang disifatkan kejam, selain mendapati kes berkenaan melibatkan jenayah terancang dan memerlukan hukuman lebih berat berbanding jenayah spontan.

Bagaimanapun pada 14 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati tersebut dan menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun serta sebatan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun secara sebulat suara memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya pada 23 Mei 2023.

Panel berkenaan mengambil kira usia muda perayu ketika kejadian selain pilihan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846). - Getaran, 15 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad