web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

Semasa Dikemaskini 41 saat yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2026 7:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kondominium Highland Towers di Hulu Klang akan dirobohkan sebelum penghujung tahun ini selepas Mahkamah Majistret meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) minggu lalu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Hasrolnizam Shaari berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan struktur bangunan yang telah terbiar selama lebih tiga dekad itu dirobohkan.

Beliau berkata, MPAJ kini sedang menyelaraskan tindakan susulan, khususnya berkaitan pihak yang akan menguruskan kerja-kerja perobohan.

“Kami akan mengadakan mesyuarat melibatkan pemilik unit yang diwakili oleh pemaju serta pihak insolvensi,” katanya.

Terdahulu Hasrolnizam berkata, MPAJ komited melaksanakan pelbagai program dan inisiatif hijau yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh MPAJ termasuk program kitar semula, kempen kebersihan, aktiviti penanaman pokok, pendidikan alam sekitar serta pelbagai usaha lain yang menyokong agenda pembangunan mampan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang diraikan hari ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menilai semula peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar.

“Kelestarian alam sekitar bukan sahaja tanggungjawab kerajaan atau pihak berkuasa tempatan, tetapi merupakan tanggungjawab seluruh masyarakat.

“Setiap tindakan kecil yang diambil seperti mengamalkan kitar semula, mengurangkan penggunaan plastik, menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan menanam pokok mampu memberi impak besar terhadap kesejahteraan alam sekitar,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Lesen Perniagaan Restoran Tular ‘Tikus Makan Ayam Goreng’ Akan Dibatalkan - MPAJ

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Haram Buat Kepungan Kubur, Penyelarasan Perlu Ikut Hukum Majlis Fatwa Negeri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

6 ‘Mak Nyah’ Ditahan Kerana…

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad