web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haram Buat Kepungan Kubur, Penyelarasan Perlu Ikut Hukum Majlis Fatwa Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 9:00AM

Sebaik-baik penyelarasan dan penyeragaman bagi soal kepungan kubur adalah mengikut hukum ditetapkan Majlis Fatwa negeri masing-masing. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebaik-baik penyelarasan dan penyeragaman bagi soal kepungan kubur adalah mengikut hukum ditetapkan Majlis Fatwa negeri masing-masing.

Sehubungan itu, tokoh agama, Datuk Dr Ma’amor Osman menyarankan agar hukum tersebut digunapakai dan diselaraskan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

“Setiap negeri ada Majlis Fatwa masing-masing. Mereka dah keluarkan hukum (kepungan kubur). Jadi hukum itu perlu digunapakai semua PBT.

“Kalau mereka kata hanya benarkan tanam rumput sahaja, batu tanda, sudahlah. Tak payah buat yang lain, kita ikut sahaja,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak PBT juga perlu mewujudkan satu sistem pangkalan data atau rekod tanah perkuburan bagi memudahkan waris mengenalpasti lot kubur ahli keluarga mereka.

“Sekarang dunia serba moden, katalah awak nak cari kubur arwah nenek atau moyang dulu-dulu, dengan hanya ingat tarikh kematian atau key in (masukkan) nombor kad pengenalan awak dah boleh trace (mengesan) lot kubur.

“Kena ada sistem seperti itu untuk mudahkan waris. Tapi ada juga PBT sudah ada sistem sendiri. Ada juga lubang kubur dah digali siap-siap, jadi kalau ada yang meninggal tengah malam pun, esok selepas subuh dah boleh kebumi terus,” katanya.

Bagaimanapun beliau berpendapat, semua umat Islam perlu kembali kepada hukum agama mengenai perbuatan membina kepungan kubur sebagaimana hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

“Kalau tengok kubur di Makkah, Madinah mana ada (kepungan), semua sama. Jadi kita kembalilah kepada apa dibenarkan agama dan hukum syarak.

“Sebenarnya tak perlu bina kepungan. Tapi adalah lebih baik rujuk kepada Majlis Fatwa di negeri masing-masing. Mereka sudah ada mengeluarkan fatwa berkenaan isu itu,” katanya yang juga Tokoh Aktivis Masyarakat Ma’al Hijrah Selangor.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat, membuat apa-apa binaan atas kubur sekurang-kurangnya makruh dan Mazhab al-Syafii mengharamkan perbuatan itu jika di perkuburan awam.

“Perkara perlu kita sedar bahawa ajaran Islam dibawa Nabi (Muhammad) SAW menuntut untuk kita melihat kubur sebagai tempat yang mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat, bukan untuk kebanggaan serta kesombongan.

“Kubur juga bukan menjadi tempat kesyirikan atau khurafat. Maka dengan itu pelbagai hadis mengandungi maksud tersebut telah diungkapkan baginda Nabi SAW mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut beliau, dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, al-Nawawi menyebut:

قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ يُكْرَهُ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهِ اسْمُ صَاحِبِهِ أَوْ غَيْرُ ذَلِكَ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ وَهَذَا لَا خِلَافَ فِيهِ عِنْدَنَا وَبِهِ قَالَ مَالِكٌ وَأَحْمَدُ وَدَاوُد وَجَمَاهِيرُ الْعُلَمَاءِ

“Berkata al-Imam al-Syafii dan tokoh Mazhab al-Syafii “dimakruhkan memplaster atau menulis nama si mati atau selainnya atas kubur atau membuat binaan atasnya.

“Perkara ini tiada khilaf di sisi kami (Mazhab al-Syafii). Ini juga pendapat (al-Imam) Malik, (al-Imam) Ahmad, (al-Imam) Daud (al-Zahiri) dan majoriti ulama, (5/298. Beirut: Dar al-Fikr),” katanya.

Jelasnya, pendapat muktamad (dipegang) dalam Mazhab al-Syafii ialah seperti disebut Dr Muhammad al-Zuhaili menerusi karyanya, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i.

“Disunatkan meninggikan kubur dengan kadar sekitar sejengkal supaya diketahui (kubur tersebut), maka dihormati dan diziarahi. Juga supaya tidak digali sesiapa yang mahu menguburkan orang lain.

“Kata beliau lagi: ‘Dimakruhkan tajsis (memplaster) kubur, membuat binaan atasnya dan menulis nama si mati atau selainnya…’. (1/640. Damsyik: Dar al-Qalam),” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid menasihati umat Islam supaya berhenti berbalah mengenai isu tersebut.

“Jadi bukan soal kepungan kubur itu. Soalnya (sekarang) kesukaran orang kita untuk bertolak-ansur antara satu sama lain dalam memberi pandangan dan masing-masing berkeras dengan pendapat sendiri.

“Terserlah kepada setiap orang mengikut kepercayaan masing-masing. Ini masuk dalam masyarakat furuk, masalah cabang hukum yang tidak menyentuh soal dasar dan sebagainya. Masing-masing ada pandangan,” katanya.

Ujarnya, masyarakat Islam sepatutnya memberi tumpuan kepada perkara penting seperti cara mengatasi kelemahan dalam ekonomi, pendidikan dan profesionalisme supaya mereka tidak menjadi hamba di negara sendiri.

Terdahulu, seorang netizen meluahkan rasa terkejut selepas mendapati papan tanda setiap kubur di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, dicabut semasa menziarahi pusara bapanya pada 23 Julai lalu.

Persoalan mengenai insiden itu akhirnya terjawab apabila dia terlihat kain rentang mengenai notis peringatan yang dinaikkan di pekarangan tanah perkuburan tersebut di Twitter.

Berdasarkan notis dikeluarkan atas arahan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim, tiada sebarang binaan atau papan tanda dibenarkan di atas pusara, kecuali batu nisan dan kepungan mengikut spesifikasi ditetapkan.

MPAJ juga berhak membuka, mengalihkan dan membuang apa jua binaan kepungan atau batu nisan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Notis itu turut memaklumkan, hanya kontraktor berdaftar dengan MPAJ sahaja dibenar membina kepungan dan set nisan.

Malah, tempahan kepungan dan set nisan hendaklah melalui pihak pengurusan MPAJ sahaja.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad ketika dihubungi Getaran mengesahkan notis yang tular di media sosial itu.

Menurut beliau, pihak pengurusan MPAJ berhak membuka, mengalihkan dan membuang apa jua binaan di atas pusara yang tidak mengikut spesifikasi.

Bagaimanapun Norhayati berkata, waris terlibat boleh berhubung dan berbincang dengan pihak MPAJ untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

4

Politik 2 tahun yang lalu

Muhyiddin Pertahan Kenyataan 'Fatwa', Hanya Satu Kiasan

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad