web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Pertahan Kenyataan 'Fatwa', Hanya Satu Kiasan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 12:02PM

Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri majlis pengumuman calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram pada 24 Ogos lalu. gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya mengeluarkan fatwa berhukum syarak, sebaliknya ianya hanyalah satu percakapan berkias.

Menurut beliau, ucapan beliau pada ketika itu diambil untuk dimanipulasikan pihak tertentu dengan tujuan mengelirukan orang ramai.

"Saya tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH (Pakatan Harapan). Saya hanya secara berkias menyebut 'saya bagi hukum haram' dengan tiada niat bahawa ianya adalah fatwa hukum syarak.

"Saya percaya ucapan saya telah diambil secara di luar konteks dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai," katanya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dikecam teruk kerana menjatuhkan hukum haram untuk mengundi calon pilihan raya kecil parti lawannya.

Beliau berkata demikian di dalam satu ceramah di Dataran Utama, Kempas di Johor Bahru dan kenyataan itu ditujukan kepada calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Susulan daripada kecaman banyak pihak, Muhyiddin berkata pihaknya tahu bahawa penjatuhan hukum kepada sesuatu perkara itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

"Sebagai seorang yang faham tentang hukum-hakam agama, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.

"Apatah lagi di negara kita terdapat badan-badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama' dan ilmuwan yang pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan," katanya lagi.

Ekoran daripada ucapan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau akan disiasat polis mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. - Getaran, 7 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 2 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

oleh Sophia Ahmad