web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:17PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Dzulbaharin Ismail berkata mereka terdiri daripada empat jurupandu warga asing yang membawa sekumpulan 11 pekerja sebuah kilang sawit di daerah ini melakukan aktiviti river hiking.

Beliau berkata bagaimanapun aktiviti berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan atau kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Sabah ataupun pihak bomba, malah tiada makluman dibuat kepada pihak polis dalam menjalankan aktiviti itu.

Menurut Dzulbaharin kejadian itu mengakilbatkan kematian kepada tiga individu iaitu dua pekerja kilang serta seorang jurupandu, yang ditemukan lemas pagi tadi.

"Bomba berjaya menyelamatkan sembilan pekerja kilang terbabit selepas mendapat maklumat daripada tiga jurupandu, kesemua 12 yang selamat ini terdiri daripada tiga wanita dan sembilan lelaki.

"Tiada sebarang makluman dilaporkan kepada Balai Polis Tungku, selain difahamkan jurupandu terlibat adalah tidak terlatih," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dzulbaharin berkata siasatan mendapati aktiviti di kawasan itu telah dihentikan dan ditutup oleh Jabatan Perhutanan Sabah kerana keadaan aktiviti itu yang tidak dikawal serta mencabar.

"River hiking ini memerlukan peserta berjalan kaki dalam air, perlu berenang dalam air, perlu pakai jaket keselamatan dan perlu dibantu sekiranya tidak boleh dengan menggunakan tali. Aktiviti ini bukan mendaki biasa kerana pendakian biasa hanya perlu naik bukit, turun bukit, pakai tongkat... tetapi ini lain, aktiviti ini agak mencabar.

"Laluan itu juga memang mencabar kerana laluan kiri dan kanan berbatu tinggi (seperti dinding), kalau datang (berlaku) kepala air memang tidak ada tempat untuk lari, kalau sungai biasa kita boleh lari ke tebing, ini tidak ada tebing," katanya.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai yang mahu melakukan aktiviti lasak di air supaya mengambil tahu keadaan cuaca semasa, berhati-hati serta mengambil perhatian terhadap notis di sesuatu lokasi.

"Kegiatan yang mengorbankan tiga nyawa ini dibuat dalam kawasan hutan simpan, kejadian ini berlaku di Hutan Simpan Silabukan iaitu dilarang sama sekali memasuki hutan simpan. Notis telah dikeluarkan ada dua tempat iaitu di Lahad Datu, melibatkan Sungai Merabung dan sungai Makuau," katanya.

Menurut Dzulbaharin kejadian kepala air di Lembah Maksina merupakan pertama kali berlaku dan polis tidak mempunyai kuasa mengawal kawasan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran