web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 9:55PM

- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail, mengucap dua kalimah syahadah sebelum beliau tidak sedarkan diri.

Saksi kejadian Muhamad Tariq Haikal berkata, mangsa masih sedar ketika ditemukan oleh orang awam. 

"Saya nampak abang (yang meninggal dunia itu). Ketika kami menemuinya, beliau masih hidup dan saya cuba untuk membantunya dengan menahan pokok tersebut, supaya tidak lagi menyekat kepala mangsa. 

"Abang itu hanya sedar dalam lima minit. Ada juga orang awam yang membantunya mengajar mengucap dua kalimah syahadah. Selepas itu, abang itu terus tidak sedarkan diri," kata ejen hartanah itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang di atas jalan raya dan menghempap 17 buah kenderaan serta landasan monorel.

Menceritakan tentang kejadian itu, Muhamad Tariq, berkata ketika kejadian beliau berada di pejabat yang terletak berhampiran lokasi kejadian, sebelum mendengar bunyi dentuman yang kuat diikuti angin dan hujan lebat sebelum mendapati pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan. 

“Bunyinya seram. Ketika itu, semua orang di sekitar kawasan ini senyap akibat tergamam dengan kejadian yang berlaku," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang wanita telah menghubungi pihak Prasarana, agar memberhentikan monorel di laluan arah KL sentral ke Medan Tuanku, kerana pokok tersebut turut menghempap laluan terbabit.

Muhamad Tariq berkata, beliau dan beberapa individu lain, turut membantu mangsa lain dengan membawa kesemua mereka ke Hotel Concorde bagi mendapatkan rawatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad