web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 6:23PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di program Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan Malaysia Aviation Group (MAG) bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten lzham Ismail di Kampus Akademi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara.

Menterinya, Hannah Yeoh, berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.

"KBS mahu memberikan sokongan kepada Faisal Halim (melalui) ISN (yang) akan memberikan perkhidmatan termasuk fisioterapi apabila diperlukan oleh beliau secara percuma untuk pastikan beliau kembali pulih dengan cepat. 

"Saya nak beliau tahu bahawa beliau betul-betul dihargai bukan saja oleh kerajaan tetapi semua rakyat Malaysia mendoakan beliau cepat sembuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan Malaysia Aviation Group (MAG) bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten lzham Ismail di Kampus Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di sini hari ini.

Sambil mengecam sekeras-kerasnya insiden menimpa tonggak serangan Selangor FC itu, Hannah turut menyatakan kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana atlet mahupun masyarakat awam.

"Itu sebab saya nak pastikan polis ambil tindakan paling tegas terhadap suspek untuk pastikan motif ini kita kenal pasti. Kalau motif itu kita tidak kenal pasti, saya risau akan berlaku kepada orang lain, siasatan polis amat penting sekarang. 

"(Piala Sumbangsih?) yang ini keputusan penganjur. Jadi, saya percaya penganjur akan membuat keputusan sendiri," katanya yang masih menunggu masa sesuai untuk melawat Faisal Halim mengikut saranan doktor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli, berkata pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik menerusi program berstruktur dan direka khas buat Faisal Halim berdasarkan kepakaran sains sukan dan perubatan sukan yang dimiliki oleh agensi berkenaan.

Beliau berkata, mengikut data terdahulu mereka perlu terlebih dahulu menganalisis secara terperinci kecederaan otot dialami pesakit sebelum memulakan sebarang proses rehabilitasi.

Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran. 

la kejadian malang kedua menimpa pemain kebangsaan selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

Pemain pinjaman Terengganu FC itu dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad