web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 1:36PM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bersalaman dengan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan sejurus tiba di negara itu. Baginda diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan. 

Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lepas dan atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. 

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong berangkat dari Istana Besar,Johor pada pukul 9.45 pagi dengan kereta diiringi dua Menteri Pengiring iaitu Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua turut diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah yang masuk ke Singapura melalui laluan Tambak Johor dan tiba di Istana untuk Majlis Sambutan Negara pada pukul 10.45 pagi disambut oleh Tharman dan isteri, Jane Ittogi Shanmugaratnam. 

Presiden Singapura kemudian mengiringi Seri Paduka Baginda memeriksa kawalan kehormat di dataran Ceremonial Plaza, Istana.

Sejurus Majlis Sambutan Negara berakhir, Sultan Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Tharman sebelum menerima menghadap kunjungan hormat Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang bakal melepaskan jawatannya pada 15 Mei depan.

Di sebelah malam, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah akan berangkat ke Majlis Santapan Negara yang dihoskan oleh Tharman di Istana.

Hari kedua Lawatan Negara pada Selasa akan dimulakan dengan Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan singapura Lawrence Wong, disusuli lawatan ke bangunan Parlimen.

Pada masa sama, Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan ke sebuah hospital wanita dan kanak-kanak di sini.

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan melihat perkembangan projek stesen Projek Rapid Transit System Link (RTS Link).

RTS Link ialah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, masing-masing di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura.

Sultan Ibrahim pada 22 November 2020 berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah projek berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad