web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 8:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor akan diadakan pada 4 April depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka di kerusi tersebut.

Menurut beliau, ia susulan kematian penyandang, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR,” katanya.

Ikmalrudin Ishak - gambar fail
Ikmalrudin Ishak - gambar fail

Jelas Ikmalrudin, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincang dan diputuskan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya.

Kee Hiong menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac lalu di usia 58 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser.

Lee Kee Hiong - gambar Facebook
Lee Kee Hiong - gambar Facebook

Kematian mendiang yang telah menguasai kerusi Kuala Kubu Baharu sejak tiga penggal lalu dianggap sebagai satu kehilangan besar buat jentera pentadbiran Selangor dan DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipetik sebagai berkata, pembabitan Kee Hiong dalam politik bermula sebagai aktivis parti pada 1993 dan tanggungjawab tersebut dijalankan dengan penuh amanah. - Getaran, 26 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: 39,362 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar