web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2026 1:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 21 Mei.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata daripada jumlah itu, 2,703,175 merupakan pemilih biasa, manakala 24,751 terdiri daripada anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), tentera dan pasangan tentera.

"Daripada jumlah tersebut juga, sebanyak 56,655 orang pemilih merupakan orang kurang upaya (OKU) dan memerlukan perhatian khusus oleh SPR untuk mengundi dalam keadaan yang selesa," katanya kepada Bernama.

Khairul Shahril berkata jumlah pemilih itu juga tertakluk kepada kemas kini Daftar Pemilih Tambahan yang akan digunakan dalam PRN Johor, setelah ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas yang akan diadakan pada 12 Jun ini.

"Sebanyak 42,023 petugas pilihan raya dijangka dilantik dan digerakkan bagi melaksanakan keseluruhan urusan penjalanan PRN tersebut," katanya.

Khairul Shahril berkata jumlah tersebutvmerangkumi 56 Pegawai Pengurus Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya serta anggota keselamatan yang terlibat sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau berkata ketika ini, SPR sedang melaksanakan penelitian dan pengemaskinian maklumat berkaitan keseluruhan keperluan operasi serta logistik bagi pilihan raya itu.

"Secara prinsipnya, kos pelaksanaan pilihan raya bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah pemilih berdaftar, bilangan pusat dan saluran mengundi, pelantikan petugas pilihan raya, keperluan logistik, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat," katanya.

Khairul Sharil berkata SPR sentiasa mengoptimumkan penggunaan sumber dan perbelanjaan awam, bagi memastikan setiap pilihan raya dapat dilaksanakan secara cekap, berhemah dan mengikut keperluan operasi sebenar.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun, dengan SPR akan menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRN pada 12 Jun, bersekali dengan tarikh bagi PRN Negeri Sembilan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

2

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

4

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad