web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 8:35AM

gambar The World Games

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lalu.

Menurut hantaran di Facebook The World Games, pengiktirafan itu berdasarkan inspirasi daripada kerja kerasnya untuk mengatasi kesukaran demi mencapai kejayaan luar biasa selepas melalui situasi sukar dan mencabar.

"Sivasangari yang menduduki ranking ke-13 dunia memenangi kejohanan berprestij GillenMarkets London Squash Classic, menewaskan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini (Mesir) di suku akhir, ranking keempat Nele Gilis (Belgium) di separuh akhir dan pemain kedua dunia Hania El Hammamy (Mesir) di final.

"Dan semua ini berlaku hanya dua tahun selepas beliau mengalami kemalangan yang mengancam nyawa, dengan kecederaan teruk di kepala, tulang belakang serta lehernya, malah doktor juga bimbang kemungkinan beliau tidak dapat berjalan lagi. Namun, beliau sudah berjalan dan menang," menurut kenyataan itu.

Selaku penerima anugerah Atlet Terbaik Bulanan Sivasangari akan menerima diploma dan hadiah berjenama.

Pada Sabtu lalu, PSA World Tour menamakan Sivasangari sebagai Pemain Terbaik Bulan Mac/April.

Pada 2022, Sivasangari mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan, sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat menyertai Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Prestasi luar biasa pemain berusia 25 tahun menyaksikan Sivasangari muncul pemain skuasy wanita kedua memenangi gelaran di kejohanan tahap Emas selepas Datuk Nicol David melakukannya di Terbuka Hong Kong 2015.

Sivasangari memenangi dua pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, selain menjuarai kejohanan jelajah dunia PSA tahap Gangsa, Hong Kong Football Club Open pada November tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy Berpeluang Bantu Kontinjen Negara Hampiri Sasaran Dengan Bergaya

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran