Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 12:26PM

Pemain squash lelaki negara, Ng Eain Yow meraih kemenangan profesionalnya selepas menjuarai Terbuka Jerman di Hamburg pada Ahad. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow merangkul gelaran Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pertama selepas muncul juara dalam Terbuka Jerman 2024 pada Ahad.

Pemain pilihan keempat itu menewaskan pemain pilihan keenam iaitu Dimitri Steinmann, 12-10, 11-8, 10-12, 11-3 dalam aksi mendebarkan yang berlangsung selama 66 minit pada kejohanan Jelajah Dunia PSA peringkat Gangsa di Hamburg.

Pada temu bual selepas perlawanan dengan PSA, pemain yang menduduki ranking ke-22 dunia itu menarik nafas lega dapat mengatasi lawannya dari Switzerland dan meraih kejuaraan.

"Beliau (Steinmann) mengasak di setiap sudut dan tidak banyak ketinggalan, jadi saya perlu berusaha lebih lagi, kekal berlari, dapatkan semua bola semula dan berpegang kepada pelan permainan ... saya rasa sudah melakukannya," katanya.

Semalam, pemain berusia 26 tahun itu melakukan kejutan apabila menumbangkan pilihan utama dari Wales, Joel Makin 13-11, 11-8, 6- 11, 11-8, untuk mara ke final.

Steinmann pula mengalahkan Mohamed ElSherbini, 11-8, 11-4, 11-1, untuk ke pusingan akhir dalam empat lagi pertemuan terakhir.

Bagi kategori wanita, pilihan utama dari Belgium, Nele Gilis terlepas peluang untuk menjuarai gelaran selepas tersingkir menentang pemain pilihan ketiga Georgina Kennedy dari England, 11-9, 11-6, 7-11, 14-12.

Pencapaian Eain Yow di Hamburg ternyata menambah kemeriahan dalam skuad skuasy Malaysia, susulan kemenangan pemain wanita negara S. Sivasangari pada kejohanan Skuasy Klasik London 2024 minggu lalu.

Pemain nombor 13 dunia, Sivasangari mempamerkan aksi cemerlang dengan mengetepikan pemain nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 pada final di Istana Alexandra, London.

Pencapaian luar biasa beliau itu menandakan Sivasangari sebagai pemain Malaysia pertama merangkul gelaran juara Jelajah Dunia PSA peringkat Emas sejak kemenangan legenda skuasy negara Datuk Nicol David di Terbuka Hong Kong pada 2015. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Chegu Bard Akan Berdepan 1 Lagi Pertuduhan Di Mahkamah Berkait Isu Forest City

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki

Semasa 13 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara