web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 8:32AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tanpa menyebut jangka masa muktamad, katanya, ia menjadi tanggungjawab beliau selaku Menteri Kesihatan, malah pernah membangkitkan di mesyuarat pasca Kabinet supaya laporan AEFI didedahkan kepada umum.

"Pokoknya, kami (KKM) tidak akan menyembunyikan apa-apa berkaitan AEFI kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

"(Ini kerana) ia (data) diminta oleh banyak pihak termasuk orang awam. Kita ada simpan (rekod) daftar mengenai AEFI, memang kita simpan satu daftar dan memang ada, bahkan semua yang dalam data, termasuk yang meninggal (dunia), kita ada simpan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (MIH) Megatrends 2024 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat sebarang laporan mengenai kes trombosis dengan sindrom 'thrombocytopenia' yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Malaysia, seperti dilaporkan di Indonesia kelmarin.

Mengikut laporan BERNAMA kelmarin, Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM) Indonesia mengesahkan tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom 'thrombocytopenia' yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di negara itu.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau sudah menerima penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19, beliau berkata, setakat ini masih menunggu penjelasan rasmi berkenaan perkara itu.

Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata, syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia, malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.

Mengenai MIH Megatrends, beliau berkata, persidangan tiga hari itu akan menjadi satu platform yang bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 pemain industri kesihatan bagi berkongsi kepakaran mengenai strategi kesihatan terkini dan penyelesaian terbaik menerusi kerjasama pintar pelbagai pihak.

"Hasil daripada Megatrends akan menjadi penting untuk memajukan sains perubatan, meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan, memupuk kerjasama dan menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan profesional," katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara KKM dan KPJ Healthcare Berhad yang akan menjadi rakan strategik kementerian dalam menjayakan MIH Megatrends yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad