web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 8:53AM

Pemain Selangor FC Ronnie Allan Fernandez Saez (kiri) diasak pemain Kedah Darul Aman FC Mohd Akmal Md Zahir pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium MBPJ malam tadi. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Petaling Jaya, malam tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan seolah-olah 'belum panas', apabila masing-masing mencari rentak menghidupkan peluang keemasan namun gagal diterjemahkan sebaiknya oleh mereka.

Namun Stadium MBPJ masih digamatkan dengan tepukan gemuruh daripada peminat Gergasi Merah dan Sang Kenari, sebagai tanda solidariti kepada pemain sayap Selangor FC Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini, pada minit ketujuh perlawanan.

Selang dua minit kemudian kapten pasukan KDA Sony Norde, cuba menjaringkan gol namun tidak berjaya apabila dikawal pemain tengah Sharul Nazeem Zulpakar dari kiri padang, sebelum pemain Selangor FC Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh, turut mencuri peluang dalam keadaan kucar kacir di hadapan gawang minit ke-11, namun dinafikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Pada minit ke-38, anak buah Mohd Nafuzi Mahammad Zain mempunyai peluang terbaik menyumbat gol pertama menerusi sepakan penjuru Sony, namun tidak dimanfaatkan pemain KDA yang turut menyaksikan Selangor hampir mendahului sebelum beberapa minit babak pertama tamat, namun tidak cukup kencang menembusi gawang pelawat.

Sebaik wisel separuh masa kedua dimulakan, kedua-dua pasukan dilihat mengatur strategi bijak sehingga pemain tengah Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau yang dibawa masuk pada minit ke-81 bagi menggantikan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol 'bermakna' buat Selangor pada minit ke-85.

Jaringan hasil umpanan Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh itu, disambut meriah penyokong Gergasi Merah dengan gaya 'siu' yang cukup sinonim dengan Faisal Halim yang menyarung jersi nombor tujuh, selain dilihat signifikan apabila Aliff Haiqal menyarung jersi nombor 77.

Dİ ISKANDAR PUTERI, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mempunyai masalah untuk menunjukkan 'taring' di laman sendiri, apabila menumpaskan Negeri Sembilan FC 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada pertembungan sebelah petang itu, pasukan Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi tendangan Bergson Da Silva seawal minit ke-12, hasil hantaran Muhamad Feroz Baharudin diikuti gol kedua menerusi tendangan Bergson sekali lagi, empat minit kemudian.

Tenang mengatur strategi skuad Hobin Jang Hobin berjaya menjaringkan gol pertama minit ke-28 hasil tendangan Hein Htet Aung, selepas percubaan Takumi Sasaki digagalkan Muhamad Feroz Baharudin.

Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terus berhempas pulas dengan melakukan serangan bertubi-tubi, sebelum JDT menjaringkan gol ketiga melalui tandukan kapten pasukan Jordi Amat, pada minit ke-71.

Terdahulu, sebelum perlawanan bermula Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam, menyerahkan trofi Perlawanan Sumbangsih 2024-2025 kepada JDT.

JDT bergelar juara Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut, selepas Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga-M), yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei.

Di IPOH, Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumbang 2-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, malam tadi.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuat kejutan menjaringkan gol pembukaan seawal minit sembilan, menerusi pemain pertahanan Tommy Mawat Bada, sebelum menyaksikan pasukan pelawat menggandakan asakan dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-24.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi serangan bertali arus, namun pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan, apabila Bruno Suzuki berjaya menolak masuk gol kedua pada minit ke-72, namun pemain gantian Perak Wan Zack Haikal kembali menceriakan 11,647 penyokong, apabila menyamakan kedudukan minit ke-88.

Ifedayo Olusegun menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan tuan rumah, apabila berjaya meledak gol pasukannya pada minit ke 90+12, sekali gus memberikan kemenangan kepada PDRM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad