web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 8:32AM

Pasukan Palestin pada saingan pusingan ketiga kumpulan B bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 Palestin menentang Jordan di Stadium KLFA, Cheras semalam. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Finalis Piala Asia 2023, Jordan mencatat kemenangan sulung dalam kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Palestin 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi. 

Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua sementara gol tunggal Palestin dijaringkan penyerang Wessam Abouli ketika permainan menghampiri waktu rehat. 

Jaringan pemain tengah Selangor FC Noor Al-Deen Al Rawabdeh di pertengahan babak kedua melengkapkan kemenangan Jordan yang dibimbing Jamal Sellami. 

Cef Malaysia Pukau Pelajar Institut Pelancongan Sri Lanka Palestin di ranking ke-96 dunia, mengalami kekalahan pertama selepas memulakan saingan kelayakan dengan cemerlang apabila mencuri satu mata ketika mengikat Korea Selatan 0-0 di Seoul minggu lepas. 

Terdahulu, pada perlawanan malam ini gerakan solo Al-Naimat membuahkan hasil yang disudahkan dengan rembatan kaki kanan menerjah kanan gawang pada minit kelima untuk gol pertama Jordan. 

Palestin menyamakan kedudukan empat minit sebelum separuh masa pertama apabila hantaran lintang dari sebelah kiri Camilio Saldana disempurnakan Abouli yang melepaskan tandukan padu. 

Bersambung babak kedua, Jordan tidak menunggu lama untuk kembali mendahului perlawanan apabila Al-Naimat menyudahkan peluang terhidang dengan rembatan kaki kanan selepas menerima umpanan Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-50. 

Selepas beberapa siri serangan yang tidak berhasil, Jordan akhirnya meledak gol ketiga apabila umpanan cantik Al-Mardi ke dalam kotak penalti disudahkan dengan baik Al Rawabdeh pada minit ke-72 untuk mengesahkan kemenangan pertama pasukan yang seri 1-1 dengan Kuwait di Amman, minggu lepas. 

Jordan selepas ini akan menerima kedatangan Korea Selatan di Amman manakala Palestin kendalian Makram Daboub dijadual berkunjung ke Iraq untuk menentang tuan rumah, bulan depan.

Sebagai rekod, Palestin memilih Malaysia sebagai gelanggang neutral untuk menghadapi kempen kelayakan selepas negara itu terlibat dalam konflik peperangan akibat kekejaman tentera Israel. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran