web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2026 8:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HYEDERABAD - Walaupun Malaysia sudah memperoleh hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2026, peminat bola sepak di India dan China masih tidak pasti bila perjanjian akan dimeterai bagi membolehkan mereka menonton kejohanan itu.

Dianjur bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, Piala Dunia itu hanya tinggal lebih sebulan lagi, namun perjanjian penyiaran masih belum dimuktamadkan di dua negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Kejohanan akan bermula dengan perlawanan Mexico menentang Afrika Selatan pada 11 Jun di Stadium Azteca manakala perlawanan pertama di Amerika Syarikat akan berlangsung di Inglewood pada 12 Jun.

Platform penstriman video dalam talian India, JioHotstar, dilaporkan sedang dalam rundingan lanjut bagi mendapatkan hak penyiaran dengan badan induk bola sepak dunia, FIFA, selepas dua mesyuarat diadakan minggu lepas, menurut laporan media India.

FIFA dilaporkan berminat memeterai perjanjian minggu ini pada nilai sekitar AS$20 juta selepas mengurangkan dengan ketara harga asal yang diminta memandangkan masa rundingan semakin suntuk.

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM24 juta bagi perjanjian hak penyiaran Piala Dunia itu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia di Malaysia.

FIFA sebelum ini mahu menjual hak penyiaran di India bagi Piala Dunia 2026 dan 2030 pada harga AS$100 juta tetapi menurunkan harga kepada AS$35 juta selepas gagal mendapatkan pembeli, menurut laporan itu.

Viacom18, yang menjadi sebahagian daripada Jiostar selepas penggabungan pada 2024, dilaporkan membayar sekitar AS$60 juta untuk hak siaran Piala Dunia 2022 di Qatar.

Waktu perlawanan yang berlangsung selepas tengah malam di India menjadikan kejohanan di Amerika Utara itu kurang menguntungkan dari segi komersial kepada pembida dan pengiklan India.

Potensi pendapatan pengiklanan bagi pemegang hak siaran di India juga mungkin terjejas akibat konflik di Asia Barat.

Di China pula, FIFA sedang berunding dengan China Central Television (CCTV) untuk perjanjian penyiaran.

FIFA pada mulanya meminta antara AS$250 juta hingga AS$300 juta daripada CCTV sedangkan belanjawan CCTV hanya sekitar AS$60 juta hingga AS$80 juta, menurut laporan media China.

All India Football Federation (AIFF) optimis kebuntuan di India akan berakhir tidak lama lagi, menurut laporan laman sesawang India Today pada Khamis.

"Sama ada FIFA perlu menurunkan sedikit lagi harga, atau penyiar yang membida perlu menaikkan tawaran mereka sedikit. Saya tidak fikir sesiapa akan mengabaikan pasaran besar seperti India," kata Timbalan Setiausaha Agung AIFF, M. Satyanarayan.

Sebanyak 48 pasukan akan beraksi dalam kejohanan bulan depan berbanding 32 pasukan pada edisi di Qatar.

Jumlah perlawanan yang bakal berlangsung ialah 104 berbanding 64 perlawanan pada kejohanan sebelumnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

China Sekat Impian Perancis, Kekalkan Kejuaraan Piala Thomas

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar