web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 1:23PM

Kompleks polo itu turut dilengkapi prasarana sukan lain seperti ekuestrian dan pickleball - Gambar hiasan ESPN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah kompleks, khusus mengendalikan sukan polo dan ekuestrian bertaraf antarabangsa  sedang dibangunkan di Cyberjaya dengan anggaran kos RM40 juta. 

Sumber memberitahu Getaran, pembangunan kompleks berkenaan digerakkan Kelab Polo Selangor, sebuah kelab berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan.

Menurut beliau, kelab itu yang dinaungi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut dilengkapi kemudahan sukan pickleball bertaraf antarabangsa.

“Selangor sejak sekian lama telah memainkan peranan sebagai antara institusi utama dalam pembangunan dan pemerkasaan sukan polo serta ekuestrian di Malaysia.

“Pembangunan kompleks terbabit yang dijangka siap bulan ini bertepatan dengan pemilihan Selangor sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia Ke-22 (SUKMA XXII), kerana ia akan menjadi lokasi bagi acara sukan ekuestrian,” katanya kepada Getaran.

Jelas sumber, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat merasmikan premis tersebut, dijadualkan awal Oktober nanti.

Beliau menarik perhatian, Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda juga akan diadakan sempena tujuan itu, sekali gus tampil sebagai acara pertama diadakan di kompleks berkenaan.

“Kejohanan terbabit difahamkan akan berlangsung pada 6 hingga 17 Oktober nanti. 

“Sempena sambutan itu juga, kompleks sukan ini akan dijadikan lokasi program rakyat dengan usahasama Majlis Perbandaran Sepang,” katanya.

Getaran diberitahu, pihak kelab sedang berusaha memohon tajaan berjumlah RM8 juta daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

“Peruntukan itu bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Selangor setiap kali mereka menggunakan kemudahan kompleks ini, yang akan menjadi salah satu mercu tanda penting di daerah Sepang.

“Jumlah dipohon adalah signifikan untuk menampung kos pembangunan infrastruktur, penaiktarafan kemudahan, penyediaan fasiliti sokongan serta keperluan teknikal yang berkaitan bagi memastikan kelangsungan dan kualiti pembangunan kompleks,” katanya.

Sumber berkata, pembinaan kompleks  turut selari dengan visi kerajaan negeri untuk memperkukuh pembangunan sukan baharu yang inklusif, berdaya maju dan berpontensi tinggi disertai rakyat pelbagai peringkat umur.

“Kemudahan pickleball yang ada pada kompleks ini dirancang bagi menyokong pelaksanaan program latihan, pembangunan atlet serta penganjuran kejohanan rasmi. 

“Berdasarkan ketetapan pembinaan yang dirancang, Kelab Polo Selangor yakin kemudahan ini layak dijadikan lokasi penganjuran acara pickleball bertaraf negeri dan antarabangsa, selaras dengan hasrat kerajaan negeri menganjurkan Festival Pickleball Selangor, termasuk Kejohanan Terbuka Antarabangsa Pickleball Selangor tahun ini,” katanya. 

Beliau memberitahu, pembangunan semua prasarana tersebut mendukung perancangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan sukan pickleball dalam penganjuran temasya sukan negeri.

“Secara keseluruhannya, pembangunan Kompleks Sukan Polo, Ekuestrian dan Pickleball Negeri Selangor ini dirangka sebagai sebuah pembangunan bersepadu yang merangkumi kemudahan sukan polo, ekuestrian dan pickleball, selaras dengan penyediaan infrastruktur utama, kemudahan sokongan, spesifikasi teknikal bertaraf kebangsaan dan antarabangsa serta keperluan operasi awal. 

“Pembangunan ini bertujuan. memastikan kompleks, tersebut berfungsi sebagai pusat latihan, pembangunan bakat serta penganjuran kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

4

Sukan 1 bulan yang lalu

China Sekat Impian Perancis, Kekalkan Kejuaraan Piala Thomas

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar