web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2026 6:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini melakar sejarah apabila dikurniakan Darjah Bakti oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan pengurniaan itu pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di sini.

Mohd Azizulhasni merupakan atlet ketiga negara menerima darjah kebesaran berkenaan selepas legenda badminton Datuk Seri Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David, yang masing-masing menerimanya pada 2021 dan2024.

Pengurniaan berprestij itu merupakan pengiktirafan tertinggi negara terhadap dedikasi, kecemerlangan dan sumbangan berterusan Mohd Azizulhasni dalam mengangkat martabat sukan berbasikal serta memperkukuh reputasi Malaysia di persada dunia.

Darjah Bakti yang diperkenalkan pada 26 Jun 1975, merupakan antara darjah kebesaran tertinggi Persekutuan yang dikurniakan kepada individu yang memberikan jasa serta sumbangan luar biasa kepada negara dan pada peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang.

Pengurniaan darjah itu terhad kepada 10 orang sahaja pada satu-satu masa dan ia tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya.

Azizulhasni, 38, yang dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman, merupakan antara atlet paling berjaya dalam sejarah sukan tanah air dan telah mengharumkan nama Malaysia di pentas global selama lebih dua dekad.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu mencipta sejarah apabila muncul juara dunia acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong, selain meraih pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pingat gangsa dalam acara sama pada Olimpik Rio 2016.

Selain kejayaan di Olimpik, ikon sukan berbasikal trek itu turut meraih pelbagai pingat pada temasya Sukan Komanwel, Sukan Asia dan kejohanan antarabangsa lain.

Awal Mei lepas, Azizulhasni membuktikan penguasaannya dalam arena berbasikal trek apabila menampilkan aksi kompetitif pada Siri Piala Trek Jepun di Shizuoka dengan merangkul satu pingat perak dan dua gangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

4

Sukan 2 bulan yang lalu

China Sekat Impian Perancis, Kekalkan Kejuaraan Piala Thomas

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar