web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Sekat Impian Perancis, Kekalkan Kejuaraan Piala Thomas

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2026 8:35AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HORSENS (Denmark) - China menamatkan impian Perancis untuk melakar sejarah menjulang trofi Piala Thomas apabila menewaskan pasukan Eropah itu 3-1 bagi mempertahankan gelaran juara pada perlawanan akhir edisi 2026 di Forum Horsens di sini hari ini.

China membuka tirai kemenangan menerusi pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Shi Yu Qi yang mengharungi pertarungan selama 85 minit untuk menangkis tentangan sengit pemain nombor empat dunia Christo Popov, 21-16, 16-21, 21-17 dalam perlawanan pembukaan yang mendebarkan.

Perancis bangkit menyamakan kedudukan menerusi perseorangan kedua dan pemain nombor 10 dunia Alex Lanier, yang mempamerkan aksi tenang dan klinikal dengan menggabungkan permainan di jaring yang menarik untuk mengejutkan pemain nombor tujuh dunia Li Shi Feng, 21-13, 21-10 dalam tempoh 43 minit.

Pasukan Asia itu bagaimanapun kembali menguasai permainan pada perlawanan ketiga, dengan perseorangan ketiga dan pemain nombor 15 dunia Weng Hong Yang berhempas pulas untuk menewaskan pemain nombor 17 dunia Toma Junior Popov, 22-20, 20-22, 21-19 dalam pertarungan sengit selama 96 minit.

Ketika kejuaraan menjadi taruhan, beregu lelaki nombor 99 dunia He Ji Ting-Ren Xiang Yu tampil cemerlang untuk memberikan pukulan penamat apabila mengatasi pasangan nombor 52 dunia Eloi Adam-Leo Rossi.

Selepas memenangi set pertama 21-13, pasangan China itu menamatkan perlawanan dengan 21-16 menerusi permainan di jaring Ji Ting yang menarik bagi memastikan kemenangan dan menghadiahkan gelaran ke-12 Piala Thomas buat China.

Rakan sepasukan China kemudian meluru masuk ke gelanggang, saling berpelukan sebelum meraikan kejayaan dalam suasana penuh kegembiraan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad