web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2026 8:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Piala Maxim & Siri Maxim Elit musim 2026 dijangka menghimpunkan 18,000 peserta seluruh dunia, yang bakal mewakili 1,500 pasukan.

Kejohanan anjuran Maxim Events dengan kerjasama Subway Malaysia itu bakal diadakan di lima lokasi seluruh negara.

Mengambil tempat di Pulau Pinang, Langkawi, Melaka dan Johor selain di ibu negara, ia adalah acara yang dirangka khusus untuk menampilkan peserta lelaki dan perempuan dari kategori usia Bawah 6 hingga Bawah 20.

Pengarah Maxim Events, Will Kucia berkata, pihaknya amat berbesar hati dan teruja untuk meneruskan kejohanan berkenaan, dengan Subway sebagai penaja utama.

“Tahun lalu, melalui perkongsian ini, kami meningkatkan penyertaan dalam kejohanan melalui pasukan yang ditaja, menyediakan makanan sihat kepada peserta dan kakitangan, serta meningkatkan kualiti kejohanan dengan memasang pagar logam di sekitar padang. 

“Kami menantikan 2026 untuk melancarkan kejohanan baharu di Melaka sambil terus mengembangkan acara sedia ada,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Subway Malaysia, Kon Kin Siong pula berkata, kerjasama berkenaan menyaksikan jenama terkemuka antarabangsa itu berpeluang memainkan peranan aktif dalam mengembangkan bola sepak belia di Malaysia.

Menyediakan sokongan untuk pasukan terpilih dalam bentuk tajaan yuran dan kit pasukan, kerjasama itu jelas beliau lagi, membantu menjadikan bola sepak kompetitif lebih mudah diakses oleh pemain muda dari semua latar belakang.

“Sokongan ini mencerminkan komitmen Subway untuk menggalakkan gaya hidup aktif, memupuk semangat komuniti, dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengejar cita-cita sukan mereka.

“Sebagai jenama yang dibina berdasarkan bahan-bahan segar dan semangat komuniti, kami berbangga untuk bekerjasama dengan Maxim Events bagi memberi inspirasi kepada generasi atlet seterusnya,” katanya.

Kin Siong memberitahu, penyediaan makanan dan kit pasukan itu diyakini berupaya membantu pemain beraksi pada tahap terbaik, sekali gus mengukuhkan komitmen Subway terhadap gaya hidup sihat dan aktif.

Kejohanan Piala Maxim & Siri Maxim Elit bakal diadakan mengikut tarikh berikut:

Maxim Cup KL - 2 & 3 Mei 

Maxim Cup Pulau Pinang - 11 & 12 Julai

Maxim Cup Langkawi - 17, 18 & 19 Julai

Maxim Cup Melaka - 25 & 26 Julai

Maxim Elite Johor - 7, 8 & 9 Ogos, 30, 31 & 1 November

Maxim Elite Girls - 27, 28 & 29 November

Maxim Elite Boys - 4, 5 & 6 Disember.

Orang ramai khususnya peminat bola sepak atau pemain yang ingin mendaftar untuk kejohanan akan datang boleh melayari www.maximevents.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 12 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Cuaca Panas Jejas Atlet Di SUKMA 2026

2

Sukan 4 minggu yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

3

Sukan 4 minggu yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad