web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

Jika bola sepak Malaysia mahu terus berkembang, lebih banyak kelab perlu berani mencontohi visi, disiplin dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh TMJ dan JDT.

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2026 1:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Sanfrecce Hiroshima 3-1 dalam aksi aksi pertama pusingan 16 AFC Champions League Elite di Stadium Sultan Ismail (SSI) malam tadi bukan sekadar sebuah keputusan perlawanan.

Ia adalah gambaran jelas tentang bagaimana visi yang dibawa oleh pemilik kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, telah mengubah landskap bola sepak Malaysia secara menyeluruh.

Gol daripada Ager Aketxe, Bergson dan Marcos Guilherme di Stadium Sultan Ibrahim memberikan kelebihan penting buat Harimau Selatan menjelang aksi timbal balik di Hiroshima. Namun, makna sebenar kemenangan itu jauh lebih besar daripada sekadar tiga jaringan di atas padang.

Sejak lebih sedekad lalu, TMJ sering menegaskan bahawa bola sepak Johor perlu berada pada tahap yang berbeza. Pada awalnya, ramai yang menganggap kenyataan itu sekadar kata-kata penuh keyakinan daripada seorang pemilik kelab yang bercita-cita besar.

Namun masa telah membuktikan bahawa visi tersebut bukan sekadar retorik.

Realitinya hari ini jelas apabila TMJ menyatakan sesuatu, beliau benar-benar melaksanakannya.

Kemenangan ke atas Sanfrecce Hiroshima, sebuah kelab yang datang daripada sistem bola sepak Jepun yang terkenal dengan disiplin dan kualitinya, menunjukkan bahawa JDT kini bukan lagi sekadar kuasa dominan di peringkat domestik. Sebaliknya, mereka sudah mula membina reputasi sebagai kelab yang mampu bersaing dengan pasukan elit Asia.

Apa yang berlaku di luar stadium pada malam perlawanan itu juga menggambarkan kekuatan sebenar JDT sebagai sebuah institusi bola sepak.

Di sekitar SSI, ribuan penyokong berkumpul memeriahkan majlis berbuka puasa yang dianjurkan sebelum perlawanan. Khemah-khemah turut disediakan bagi menampung kehadiran peminat yang hadir beramai-ramai. Suasana santai, meriah dan penuh semangat kebersamaan menjadikan malam tersebut lebih daripada sekadar sebuah perlawanan bola sepak.

Tunku Ismail berjaya menjadikan 'pentas' itu seolah-olah sebuah perhimpunan keluarga besar Johor yang disatukan oleh kecintaan terhadap pasukan mereka.

Selepas wisel penamat ditiup, suasana kegembiraan terus terasa. Penyokong yang memakai jersi biru merah JDT memenuhi lebuh raya ketika pulang ke pelbagai daerah di negeri itu. Bukan hanya dari Johor Bahru, malah dari Kluang, Batu Pahat hingga Segamat, perjalanan pulang mereka seakan-akan membentuk satu malam perarakan kemenangan yang panjang.

Hakikatnya, dominasi JDT dalam bola sepak tempatan lebih sedekad kini berada pada tahap yang sukar dinafikan. Mengharapkan mereka tewas dalam Liga Super  Piala FA atau Piala  Malaysia bukan lagi satu pendekatan yang realistik bagi kebanyakan pasukan lain.

JDT telah bergerak beberapa langkah di hadapan dalam pelbagai aspek, termasuk struktur kelab, pembangunan fasiliti, pengurusan profesional serta kualiti pemain yang dimiliki.

Yang lebih penting, kejayaan ini bukan dicapai dalam masa singkat. Ia adalah hasil daripada perancangan jangka panjang yang dilaksanakan secara konsisten selama bertahun-tahun.

Hakikat yang perlu diterima ialah bola sepak Malaysia kini mempunyai satu penanda aras yang sangat jelas.

Persoalannya bukan lagi bagaimana untuk menunggu Johor jatuh, tetapi bagaimana pasukan lain mampu membina kekuatan sendiri bagi mengejar tahap yang telah ditetapkan oleh JDT.

Jika bola sepak Malaysia mahu terus berkembang, lebih banyak kelab perlu berani mencontohi visi, disiplin dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh TMJ dan JDT.

Bagi penyokong Johor pula, malam kemenangan di pentas tertinggi kelab elit Asia di Iskandar Puteri itu bukan sekadar meraikan tiga gol ke atas Sanfrecce Hiroshima.

Ia adalah satu lagi bukti bahawa mimpi besar yang pernah diungkapkan oleh TMJ suatu ketika dahulu kini semakin menjadi kenyataan.

Luaskan Kuasamu Johor. - Getaran, 5 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad