web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Semasa Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2026 1:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang hos jualan siaran langsung warga tempatan mendakwa menjadi mangsa buli siber, fitnah dan ugutan berterusan sehingga mengalami kemurungan, hilang selera makan serta gangguan tidur, selain kerugian kira-kira RM70,000 selepas terpaksa menghentikan siaran langsung selama seminggu.

Wanita berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Ah Ling itu mendakwa, gangguan terbabit melibatkan dua individu yang turut aktif dalam industri jualan siaran langsung.

Menurutnya, tekanan akibat serangan di media sosial itu pernah menyebabkan dia mempunyai fikiran untuk membunuh diri.

“Saya hilang selera makan, sukar tidur dan mengalami kemurungan sehingga terlintas untuk membunuh diri kerana tekanan sebagai mangsa buli siber dan serangan peribadi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Ah Ling mendakwa serangan tersebut bertujuan meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut dalam talian, selain melibatkan penyebaran pelbagai tuduhan palsu yang menjejaskan reputasi serta mengancam keselamatannya.

Menurutnya, gangguan bermula selepas dia bekerjasama dengan salah seorang lelaki terbabit dalam jualan siaran langsung produk makanan laut dan herba.

Katanya, selepas kerjasama itu, lelaki berkenaan menuduhnya menjual produk pada harga terlalu rendah sehingga menjejaskan pasaran, sebelum didakwa mengeluarkan ugutan untuk mencederakan dan membunuhnya.

Dia turut mendakwa lelaki itu bersama isterinya telah menyebarkan pelbagai fitnah, termasuk mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit, menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain serta berkelakuan tidak senonoh di sebuah kelab malam.

Selain itu, dia mendakwa dituduh membuat pinjaman dengan along di Muar, Johor, dan masih mempunyai hutang tertunggak serta terlibat dalam kecurian maklumat peribadi.

Wanita itu juga mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan dakwaan kononnya terdapat gambar bogel dan video peribadinya yang dikongsi kepada pengikut mereka.

Bagaimanapun, Ah Ling menafikan semua tuduhan tersebut dan menegaskan wanita dalam gambar yang tular hanya mempunyai wajah seiras dengannya, manakala video yang didakwa wujud sebenarnya hanyalah tangkap layar tanpa sebarang rakaman.

“Saya percaya mereka sengaja mencemarkan nama baik saya dan mereka-reka tuduhan semata-mata untuk meraih perhatian serta meningkatkan jumlah tontonan. Malangnya ramai netizen mempercayainya sehingga ahli keluarga saya turut diejek di tempat awam,” katanya.

Ah Ling berkata, akibat tekanan itu dia terpaksa menghentikan siaran langsung selama kira-kira tujuh hari, sekali gus menyebabkan kerugian pendapatan dianggarkan sekurang-kurangnya RM70,000.

Dia turut mendakwa, salah seorang individu terbabit merupakan bekas majikannya yang pernah bekerja bersamanya selama kira-kira dua tahun sebelum mereka kembali bekerjasama selepas lelaki itu memulakan perniagaan sendiri.

Namun, menurutnya, kerjasama tersebut akhirnya membawa kepada pertikaian berhubung pembayaran dan kos operasi.

Dalam pertikaian itu, Ah Ling mendakwa dia dituduh berhutang RM30,000, sedangkan individu berkenaan masih berhutang komisen sebanyak RM30,650 kepadanya.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Selasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Setakat ini, tiada kenyataan daripada pihak yang dinamakan berhubung dakwaan tersebut dan kes masih dalam siasatan pihak polis. - Getaran, 3 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

4

Semasa 2 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad