web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Semasa Dikemaskini 21 minit yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2026 7:50PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan mengambil sikap berkecuali dalam isu yang melibatkan hak asasi manusia sejagat dan kepentingan teras negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar luar negara Malaysia yang bebas tidak bermaksud kerajaan akan berdiam diri terhadap isu-isu berprinsip seperti Palestin, Islamofobia dan kedaulatan wilayah.

Ketika menyampaikan ucaptama pada **Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-39**, Anwar berkata, konflik berpanjangan di Gaza, Ukraine serta Sudan yang terus meragut nyawa orang awam telah memperlihatkan kegagalan masyarakat antarabangsa dalam mempertahankan semua prinsip asas keamanan dan keselamatan dunia.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas serta menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak, negara akan terus bersuara dengan tegas apabila prinsip-prinsip asas dipertaruhkan.

"Malaysia tidak boleh berkecuali dalam isu yang melibatkan hak asasi manusia yang fundamental seperti perjuangan rakyat Palestin atau usaha membanteras Islamofobia.

"Begitu juga dalam soal kepentingan teras negara, termasuk kedaulatan wilayah, walaupun ia melibatkan rakan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat," katanya.

Mengulas persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia, Perdana Menteri berkata, pendekatan Malaysia adalah berpegang kepada prinsip, bukannya memihak kepada mana-mana blok geopolitik.

Beliau bagaimanapun mengakui, terdapat pihak yang mengharapkan Malaysia mengambil pendirian lebih tegas terhadap China, namun kerajaan akan terus memupuk hubungan erat dengan rakan ekonomi serantau terbesar itu di samping mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS).

"Kita mengambil pendirian yang berasaskan prinsip, bukannya bersifat memihak. Ini lebih mudah diungkapkan daripada dilaksanakan. Ada pihak mengharapkan kita mengambil pendirian keras terhadap negara jiran kita, China. Namun kita berkata tidak.

"Kita akan terus memupuk persahabatan. AS kekal sebagai destinasi utama pelaburan dan perdagangan Malaysia, namun pada masa sama kita akan terus proaktif serta memperkukuh kerjasama dengan China sebagai jiran ekonomi yang semakin penting," katanya.

Anwar turut menegaskan semula sokongan teguh Malaysia terhadap penyelesaian pertikaian secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa paksaan sama ada melalui ketenteraan atau ekonomi hanya akan memburukkan konflik serta membawa kesan yang tidak diingini.

"Norma seperti kebebasan pelayaran, penghormatan terhadap kedaulatan, serta pematuhan kepada rangka kerja perundangan yang telah dipersetujui adalah penting bagi menjamin keselamatan serantau dan global. 

“Matlamat utama Malaysia adalah untuk memelihara keamanan dan kemakmuran negara, di samping memastikan keselamatan negara serta kedaulatannya terus terpelihara sepenuhnya,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad