web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 9:33AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memberi tentangan sengit dan mensia-siakan peluang mudah sebelum tewas 2-3 kepada Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kedua-dua pasukan bermula seimbang apabila saling melancarkan serangan bertali arus sebelum pasukan pelawat dikendalikan Datuk Ong Kim Swee memperolehi jaringan pertama pada minit ke-25 menerusi Gabriel Peres apabila mudah menolak masuk ke gawang gol KDN FC.

Penyerang import KDN FC Chadrack Muzungu gagal memanfaatkan peluang menyamakan jaringan minit ke-32 apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti mudah diselamatkan penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua perlawanan, Sabah FC memperolehi peluang terbaik menambah jaringan pada minit ke-52 namun percubaan pemain import Telmo Ferreira dalam kotak penalti gagal disempurnakan.

KDN FC bimbingan Park Jaehong berjaya meledak gol penyamaan menerusi pemain import dari Korea Selatan Kim Ri-Gwan dengan tandukan hasil sepakan penjuru pada minit ke-55.

Kemampuan penjaga gawang KDN FC, Khatul Anuar terus ditumpaskan apabila pemain gantian Sabah FC Stuart Wilkin menyumbat jaringan kedua menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-64.

Berselang lima minit, Ramon Machado mengambil kesempatan dengan kekalutan di hadapan pintu gol lawan untuk menolak mudah gol ketiga Sabah FC.

KDN FC dilihat semakin rancak pada lewat perlawanan apabila pemain import Korea Selatan Bae Kyeong Hwan menanduk masuk bola hasil hantaran sepakan percuma rakan sepasukan pada minit 90+1, sekali gus gagal mengutip mata di laman sendiri. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar