web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 8:51PM

Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Qatar semasa lawatan rasmi tiga hari ke negara itu. – Gambar Facebook, 15 Mei 2024.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminta Meta Platforms Inc (Meta) memberi penjelasan atas tindakan syarikat teknologi itu menurunkan laporan berita di Facebook mengenai pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin tertinggi Hamas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menulis surat kepada Meta berhubung perkara itu.

Fahmi berkata beliau juga akan menghantar surat kepada Meta.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya kecam tindakan pihak Meta untuk menurunkan artikel ataupun 'posting' daripada media.

"Apatah lagi kerana ini pelaporan tentang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Qatar dan pertemuan dgn sayap politik sebuah organisasi, bukan sayap militan ataupun sayap tentera,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas tindakan Meta menurunkan hantaran daripada Malaysiakini dan Sinar Harian, berhubung laporan mengenai pertemuan antara Anwar dan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh atas alasan ia bertentangan dengan piawaian komuniti mengenai individu dan organisasi berbahaya.

Semalam, Anwar mengambil kesempatan bertemu Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas ketika mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Qatar. 

Dalam catatan di Facebook semalam, Perdana Menteri berkata, pertemuan tertutup antara beliau dan Haniyeh berlangsung selama lebih sejam dan turut disertai bekas pengerusi Hamas, Khaled Mashal.  – The Vibes, 15 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad