web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Politik Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2026 1:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - Johor berpotensi besar untuk maju dan berada pada tahap lebih baik jika ia ditadbir oleh pemimpin yang tegas serta bijaksana.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Johor kelihatan seperti sebuah negara maju, namun hakikatnya negeri itu masih ketinggalan dalam banyak perkara. 

Katanya, itu adalah faktor mengapa pentadbir negeri diminta bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Inilah sebabnya kenapa kita minta kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Kenapa di Kuala Lumpur boleh buat rumah banyak? Rumah rakyat banyak kita buat. Rumah rakyat yang baharu puluh ribu kita buat di Kuala Lumpur. 

“Tanah kerajaan kalau ada saya tak izinkan (ambil) melainkan untuk bina perumahan rakyat. It's a policy (itu adalah dasar),” katanya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, seorang pemimpin perlu berani dan bijaksana jika mahu mengepalai kerajaan. 

“Have the courage if you want to lead. If you are scared, you cannot lead the country,” tegasnya.

Perdana Menteri bersama calon PH untuk DUN Johor Jaya, Lee Wern Yiing (kiri) dan DUN Permas Jaya, Sharon Teo Siew Hui (kanan)
Perdana Menteri bersama calon PH untuk DUN Johor Jaya, Lee Wern Yiing (kiri) dan DUN Permas Jaya, Sharon Teo Siew Hui (kanan)

Perdana Menteri berkata, ketegasan dan sikap berani kerajaan MADANI, khususnya dalam membanteras amalan rasuah membuatkan tidak ada menteri yang berani ‘menyakau’ hak rakyat. 

“Sekarang tak ada kes yang menteri curi. Kalau ada kes menteri curi, tanya Mat Sabu (Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu), tak ada kompromi. Kalau ada kes menteri curi, kita tangkap, dakwa, masuk penjara, I don’t care (saya tak peduli).

“Saya tak mahu lagi macam sesetengah parti kawan kita. Ini masalah dia. Have they learned? They have not learned. Sudah dia belajar (dari) pengalaman? No. Dia tahu masalah rakyat? Tahu. Dia tahu satu dunia bercakap mengenai 1MDB tapi ada dia belajar? Ada dia insaf? Do they ever learned? No!" katanya. 

Justeru, jelas Anwar, peluang mengundi harus digunakan sebaiknya oleh rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan sentiasa mengutamakan rakyat. 

“You have to teach them. When can you teach them? Tomorrow! Teach them! How can a country, tak malu ke kita, satu dunia tahu (Malaysia) champion corruption (johan rasuah),” katanya. 

Turut hadir pada program tersebut selain Mohamad Sabu ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya PH dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP. - Getaran, 11 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Politik 6 jam yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

3

Politik 6 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

4

Politik 15 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad