web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

Video & Galeri Dikemaskini 38 saat yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2026 10:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai melahirkan rasa bimbang, selepas sebuah video memaparkan seekor buaya membaham seekor anjing tular di media sosial. 

Kelibat buaya sepanjang tiga meter itu dilihat di di Pantai Tanjung Gemuk, Port Dickson.

Seorang pemancing, Mohd. Shahrizan Abd. Wahab, 39, berkata, beliau menerima maklumat berserta rakaman video mengenai kemunculan buaya itu pada jam 7.02 pagi semalam. 

Difahamkan, rakaman tersebut dirakam pada jam 11.45 malam sebelumnya.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau melihat buaya di kawasan berkenaan sedang membaham objek yang dipercayai seekor anjing, sepanjang 13 tahun bergiat aktif sebagai pemancing. 

“Saya memang terkejut. Sebelum ini saya hanya pernah melihat buaya berada di tengah laut. Apabila melihat video itu, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah soal keselamatan, dan saya akan menjauhkan diri sekiranya terserempak dengan reptilia itu.

“Saya menerima video tersebut daripada adik-beradik kerana mereka bimbang akan keselamatan kami memandangkan mereka juga gemar memancing di laut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, mengesahkan pihaknya menerima rakaman video mengenai kemunculan buaya berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video berdurasi 29 saat boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/v/19DwLFSJCR/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 8 Julai 2026

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Ditikam, Suspek  Lama Tak Hadir Ke Sekolah Kerana Jalani Rawatan

oleh Sophia Ahmad