web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Perempuan Ditikam, Suspek  Lama Tak Hadir Ke Sekolah Kerana Jalani Rawatan

Video & Galeri Dikemaskini 37 saat yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2026 5:03PM

Kelibat seorang individu dikatakan suspek yang dirakam CCTV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, selepas seorang pelajar Tingkatan Tiga ditikam dalam satu kejadian serangan di sebuah sekolah menengah di Banting hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, mangsa yang mengalami beberapa kecederaan di bahagian belakang badan dan bahu kini berada dalam keadaan stabil. 

Beliau berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan awal selesai dijalankan.

"Ya, saya mengesahkan kejadian tersebut dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi.

Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian berkenaan dan setakat ini masih belum mengenal pasti motif serangan.

Menurut sumber, mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam sehingga mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan bahu.

Suspek, yang difahamkan merupakan pelajar di sekolah yang sama, dilaporkan telah tidak hadir ke sekolah selama beberapa bulan dan dikatakan sedang menjalani rawatan perubatan.

Bagaimanapun, polis belum mengesahkan maklumat tersebut secara rasmi.

Sumber berkata, suspek memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama dengan memakai baju-T berwarna hitam dan seluar berkotak merah sebelum melancarkan serangan.

Urutan sebenar kejadian yang membawa kepada insiden tikaman itu masih dalam siasatan.

Selepas kejadian, guru-guru dilaporkan berjaya menenangkan suspek berhampiran surau sekolah sementara pihak pentadbiran  menghubungi polis.

Polis kemudian menahan suspek dan merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian serba hitam berjalan di kawasan sekolah sambil membawa objek dipercayai sebilah pisau, manakala rakaman lain menunjukkan pelajar-pelajar bertempiaran lari dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan kesahihan atau konteks  semua video tersebut.

Dakwaan di media sosial bahawa suspek merupakan bekas pelajar yang mahu membalas dendam juga masih belum dapat disahkan.

Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan maklumat lanjut selepas siasatan awal selesai dijalankan. 

Video memaparkan individu dipercayai suspek boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/r/1BKsW2y6VE/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 6 Julai 2026

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 23 jam yang lalu

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

oleh Sophia Ahmad