web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

Politik Dikemaskini 11 saat yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2026 7:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor diminta mengundi mengikut hati nurani dan keyakinan masing-masing, tanpa mengira pilihan atau parti yang disokong, semasa hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata, mengundi adalah tanggungjawab yang harus dilunaskan demi memastikan sistem demokrasi kekal terpelihara.

Menurut beliau, rakyat Johor pada 2018 keluar beramai-ramai dan menggunakan kuasa undi masing-masing, sekali gus perjalanan politik sebuah negeri boleh berubah apabila rakyat hadir, bersuara dan membuat pilihan.

“Johor mencipta sejarah pada tahun 2018. Tetapi dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022, peratusan keluar mengundi jatuh kepada sekitar 55 peratus. Hampir separuh daripada pengundi yang layak tidak mengambil bahagian dalam menentukan siapa yang diberikan mandat untuk mentadbir negeri ini.

“Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berulang,” katanya.

Tegas Sivamalar, kerajaan yang dibentuk selepas PRN perlu lahir daripada mandat rakyat dan semakin ramai keluar mengundi, semakin kukuh suara mereka dalam menentukan pentadbir kerajaan negeri.

“Peratusan keluar mengundi yang rendah tidak pernah baik untuk demokrasi.

“Jika anda mahukan perubahan, keluarlah mengundi. Jika anda mahukan kesinambungan, keluarlah mengundi. Jika anda kecewa dengan politik, jangan berdiam diri. Gunakan undi anda untuk menyatakan pendirian,” katanya.

Beliau menarik perhatian, demokrasi bukan sekadar untuk menentukan pemenang, sebaliknya ia adalah tentang perjuangan rakyat dan semua pihak yang berani bersuara dan membuat pilihan.

“Apabila rakyat tidak mengundi, orang lain akan membuat keputusan bagi pihak mereka. Pada tahun 2018, rakyat Johor telah membuktikan bahawa suara rakyat mampu mengubah sejarah. 

“Esok, kuasa itu kembali ke tangan anda. Jangan sia-siakan kuasa itu. Biar rakyat Johor sendiri menentukan masa depan Johor “ katanya. - Getaran, 10 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 18 minit yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Politik 1 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

3

Politik 9 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

4

Politik 10 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

Sorotan

1

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

2

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

3

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

4

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

5

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

6

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad