web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

Politik Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2026 9:40AM

Perdana Menteri disambut ribuan penyokong ketika hadir di Grand Finale DUN Puteri Wangsa malam tadi - Gambar NSTP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Politik berasaskan perkauman seharusnya sudah dihapuskan, kerana ia hanya mengundang kemarahan dan kebencian yang tidak berkesudahan.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap kaum memiliki hak untuk menikmati hidup dengan selesa di negara ini dan menikmati semua manfaat yang disalurkan kerajaan.

Menurut beliau, tidak ada kaum yang akan terpinggir daripada menikmati segala pemberian berkenaan, walaupun status Bumiputera kekal bertapak. 

“Saya Melayu, saya Melayu yang bangga (dengan asal usul) tapi saya mahu rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan India memiliki harga diri sebagai rakyat Malaysia. 

“Bila Islam ajar hina orang? Bila Islam ajar hina orang kerana warna, kerana kaum? Tak boleh ke kita berunding sebagai sahabat, sebagai adik beradik,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan demikian ketika berucap di Grand Finale Harapan Johor Selatan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di sini, malam tadi. 

Acara berkenaan adalah sebahagian daripada agenda program "Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan". 

Gambar NSTP
Gambar NSTP

Perdana Menteri menarik perhatian, kerjasama erat yang sekian lama terjalin antara PKR dan DAP bukan kerana dirinya menjadi alat atau perkakas kaum Cina. 

Jalinan persahabatan itu jelas beliau, didorong oleh identiti DAP sendiri yang memiliki integriti lebih tebal berbanding parti berorientasikan kaum Cina yang lain. 

Meski tidak menamakan sesiapa, Anwar dipercayai merujuk kepada MCA yang sejak sekian lama dimaklumi tidak pernah ‘sebulu’ dengan DAP.

“Negara ini boleh menjadi hebat dan selamat sekiranya kita menghentikan politik perkauman serta sikap pelampau. Mereka tuduh saya alat Cina. Beritahu apa yang saya serahkan kepada orang Cina? Apa yang saya buat sehingga dikatakan begitu?

“Bagi saya, lebih selamat, lebih baik dan lebih berintegriti berkawan dengan DAP daripada parti Cina mereka,” katanya, sambil disambut sorakan penyokong. 

Turut hadir pada acara itu antaranya Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PH yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan calon PH untuk DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik. 

Program Perdana Menteri di Johor bersambung hari ini, melibatkan dua acara Sentuhan Sahabat Madani iaitu di Bukit Gambir dan Bukit Batu, diikuti Grand Finale DUN Layang-Layang, Festival Muzik Johor Bahru dan Grand Finale Johor Ke Depan, Undi Harapan. 

Johor memiliki 2,727,926 pengundi berdaftar, dengan 2,703,175 adalah pengundi biasa manakala 12,041 ialah anggota tentera dan pasangan. 

Baki 12,710 lagi ialah anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing. - Getaran, 10 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 40 minit yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

2

Semasa 20 jam yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

3

Politik 20 jam yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 40 minit yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad