web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

Semasa Dikemaskini 35 minit yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2026 1:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kematian akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 48 kemalangan membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah antara 1 Januari hingga 31 Mei lalu. 

Menurut beliau, 24 kes daripada jumlah itu mengakibatkan kematian, lapan menyebabkan kecederaan parah, kecederaan ringan (sembilan) dan kerosakan hartq benda (tujuh).

“Dalam tempoh sama, seramai 912 pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

Beliau menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) yang meminta statistik terkini bagi tempoh 2023 hingga 2026 berhubung kemalangan jalan raya dan kematian mengikut kategori kenderaan, selain jumlah kes diakibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Anthony berkata, jumlah pemandu yang ditahan atas kesalahan itu menurun kepada 1,820 pada tahun lalu berbanding 2,468 pada 2024 dan 3,299 pada 2023.

Menurut rekod polis, 77 kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah direkodkan pada 2025, termasuk 33 kemalangan maut.

Pada 2024 pula, sebanyak 92 kemalangan direkodkan dengan 45 daripadanya melibatkan kematian, manakala pada 2023, sebanyak 48 kemalangan direkodkan dengan 22 kes maut.

“Pada tahun lalu, seramai 13 individu maut dalam kemalangan berkaitan alkohol, iaitu bersamaan 0.2 peratus daripada keseluruhan 6,537 kematian akibat kemalangan jalan raya yang direkodkan di seluruh negara.

“Pada 2024, seramai 12 individu maut daripada keseluruhan 6,464 kematian akibat kemalangan jalan raya, bersamaan 0.19 peratus, manakala pada 2023, seramai 13 individu maut daripada 6,473 kematian, iaitu 0.2 peratus. Pada 2022 pula, seramai 14 individu maut daripada keseluruhan 6,080 kematian, bersamaan 0.23 peratus,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan mahkamah mengarahkan pesalah yang disabitkan kesalahan membabitkan kesalahan lalu lintas serius membayar pampasan kepada mangsa kemalangan atau waris mereka.

Beliau menegaskan, cadangan pindaan itu tidak akan menggantikan tuntutan sivil, pampasan insurans atau undang-undang lain yang sedia ada untuk mangsa dan keluarga mereka.

“Sebaliknya, ia bertujuan mewujudkan asas perundangan khusus yang memberi kuasa kepada mahkamah, dalam prosiding jenayah membabitkan kesalahan lalu lintas jalan raya, untuk mengarahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa atau waris mereka yang sah,” katanya.

Cadangan itu tambah beliau, merupakan sebahagian daripada usaha lebih menyeluruh kerajaan untuk memperkukuh penguatkuasaan keselamatan jalan raya.

“Ia juga bagi memberikan perlindungan tambahan kepada mangsa yang terjejas akibat kesalahan lalu lintas serius,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar