web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

Semasa Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2026 4:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai sebarang dakwaan sumbangan politik membabitkan syarikat yang terlibat dalam program Jana Wibawa, selain menafikan menerima sebarang manfaat peribadi daripada syarikat berkenaan.

Tengku Zafrul yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-11 dalam perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, beliau juga tidak mengetahui bahawa mana-mana kontraktor terbabit telah menyalurkan sumbangan kepada parti politik.

Dalam penyataan saksinya, beliau berkata senarai 54 kontraktor di bawah inisiatif Jana Wibawa dicadangkan oleh Muhyiddin menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan melalui Pejabat Perdana Menteri pada 13 November 2020, iaitu hari sama Kabinet meluluskan Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan.

Menurutnya, Kabinet tidak membincangkan kaedah perolehan atau pemilihan syarikat tertentu, manakala nama-nama kontraktor itu bukan berasal daripada Kementerian Kewangan.

“Saya juga tidak mengetahui bagaimana nama 54 syarikat itu disenaraikan dalam surat berkenaan. Senarai syarikat itu bukan datang daripada saya atau Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata, surat Muhyiddin itu mengarahkan Kementerian Kewangan supaya mempertimbangkan pelantikan syarikat-syarikat berkenaan dengan kadar segera.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa beliau mengarahkan Bahagian Perolehan Kerajaan menilai syarikat-syarikat terbabit sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.

Katanya, walaupun beliau mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan pelantikan, arahan berkenaan menjadi asas kepada proses penilaian yang dijalankan.

Beliau turut menegaskan Muhyiddin tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai sebarang dakwaan sumbangan politik melibatkan syarikat-syarikat berkenaan.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada 2020 sebagai inisiatif kerajaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi ketika pandemik Covid-19 menerusi pelaksanaan projek infrastruktur yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera yang layak melalui rundingan terus dan tender terpilih.

Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh, kini berdepan beberapa pertuduhan membabitkan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan program Jana Wibawa. - Getaran, 6 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

2

5 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

3

Semasa 6 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Semasa 6 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad