web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

Dikemaskini 20 minit yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2026 5:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas mekanik hari ini, selepas dia didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada Ogos 2022.

Hakim Norliza Othman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 23, di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Ogos 2022.

Mengikut pertuduhan, Amirul Amin didakwa membunuh Nurul Shahira Abdullah, 24, di rumah bernombor lot 4475, Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan, Klang, pada 24 Ogos 2022 kira-kira jam 7.18 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Dalam penghakimannya, Norliza berkata, keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas mukanya ditekap dengan bantal, sebagaimana disahkan pakar patologi yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

"Semasa pemeriksaan balas, tertuduh mengaku bahawa ketika dia menekap bantal pada muka si mati, dia melihat mangsa bernafas dengan perlahan dan mengalami kesukaran bernafas.

"Tertuduh juga mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan si mati tidak dapat bernafas kerana keseluruhan muka mangsa ditutup dengan bantal, memandangkan manusia bernafas melalui hidung. Tertuduh hanya menghentikan perbuatannya selepas mendapati mangsa tidak lagi melawan dan tidak lagi bernafas," katanya.

Beliau berkata, tindakan tertuduh berpunca daripada pertengkaran antara mereka selepas tertuduh enggan menandatangani surat perjanjian supaya dia tidak meninggalkan mangsa.

"Tertuduh juga bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas bahawa terdapat cara lain untuk menenangkan si mati selain menekap mukanya dengan bantal.

"Mahkamah mendapati tiada unsur provokasi melampau yang menyebabkan tertuduh bertindak sedemikian. Tertuduh mempunyai masa untuk berfikir secara rasional dan menenangkan si mati apabila dia enggan menandatangani surat tersebut," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan dan Evie Melynda Jee.

Untuk rekod, tertuduh sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan pada 17 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan berjaya dalam rayuannya apabila Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh dipanggil membela diri di Mahkamah Tinggi Klang atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran, 30 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 47 minit yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Semasa 6 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

3

Semasa 3 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq