web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

Semasa Dikemaskini 21 minit yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2026 8:37PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) serta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak kerajaan segera mendedahkan hasil siasatan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menegaskan, penglibatan berterusan Azam dalam Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menjejaskan keyakinan orang awam terhadap kerangka integriti negara.

Kehadiran Azam dalam mesyuarat lembaga penasihat tersebut baru-baru ini disifatkan sebagai sesuatu yang membimbangkan, memandangkan pelbagai dakwaan yang mengaitkan beliau sebelum ini masih belum menemui titik noktah.

Dalam satu kenyataan bersama, C4 Center dan Bersih mengemukakan empat tuntutan utama, antara lain gesaan agar Jawatankuasa Siasatan Khas yang menyiasat dakwaan terhadap Azam segera mengeluarkan laporan penuh untuk tatapan umum.

"Tuntutan kedua kami adalah supaya kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan kuasa di bawah Seksyen 2(1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"RCI tersebut harus dipengerusikan oleh tokoh berpengalaman dalam bidang kehakiman bagi menyiasat dakwaan mengenai mafia korporat, penglibatan Azam dalam dakwaan tersebut, serta isu pegangan saham beliau," jelas kenyataan tersebut.

Desakan ini menyusul kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan kewajaran pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC, susulan kontroversi membabitkan pemilikan saham dan dakwaan kaitan dengan 'mafia korporat'.

Selain penubuhan RCI, kedua-dua NGO itu turut mencadangkan reformasi struktur bagi memindahkan kuasa pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada kawalan eksekutif kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC).

Mereka berpendapat, pelantikan perlu dibuat secara telus berdasarkan kriteria yang jelas, manakala prosedur pemecatan pula harus mengikuti mekanisme perlindungan yang setara dengan hakim Mahkamah Persekutuan.

C4 Center dan Bersih juga mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah pengawasan langsung Parlimen melalui PSSC yang diberi kuasa penuh untuk memanggil saksi, mendapatkan dokumen rasmi, serta mengesyorkan tindakan ke atas sebarang salah laku.

Menurut kenyataan tersebut, kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Azam dan kepimpinan SPRM hanya mengukuhkan persepsi bahawa kerajaan tidak memandang serius isu jenayah kewangan, sekali gus  memberi gambaran wujudnya layanan istimewa kepada individu tertentu.

Selain itu, kedua-dua pertubuhan tersebut turut membangkitkan persoalan mengenai kedudukan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, yang menganggotai Lembaga Penasihat NFCC bersama Azam, namun pada masa yang sama mengetuai jawatankuasa yang menyiasat bekas ketua pesuruhjaya tersebut.

Tegas mereka, pertindihan peranan ini mewujudkan konflik kepentingan yang nyata, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap ketelusan, kesaksamaan, serta keberkesanan siasatan yang dijalankan. - Getaran, 4 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 54 minit yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran