web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

Semasa Dikemaskini 27 saat yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2026 5:36PM

Kerajaan tidak terikat untuk menyediakan kemudahan seperti perumahan, pekerjaan dan pendidikan kepada golongan pelarian - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk memberikan layanan atau hak sama rata kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Profesor Dr Azmi Hassan daripada Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, tanggapan bahawa pemegang kad UNHCR menikmati keistimewaan tertentu di negara ini adalah tidak tepat kerana mereka tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia bukan negara yang meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951, menyebabkan kerajaan tidak terikat untuk menyediakan kemudahan seperti perumahan, pekerjaan dan pendidikan kepada golongan pelarian, sebagaimana diperuntukkan di bawah konvensyen berkenaan.

"Sama ada mereka memiliki kad UNHCR atau tidak, Malaysia tidak diwajibkan menyediakan perumahan, peluang pekerjaan atau pendidikan kepada mereka," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Azmi berkata, negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 juga tidak semestinya menerima kemasukan pencari suaka tanpa sekatan.

Mengambil Australia sebagai contoh, Azmi berkata negara itu tetap melaksanakan dasar kawalan sempadan yang ketat bagi menghalang bot membawa pencari suaka memasuki wilayahnya.

Katanya, pencari suaka yang ditahan akan ditempatkan di pusat pemprosesan luar pesisir seperti Manus dan Nauru bagi mengelakkan mereka memasuki tanah besar Australia.

"Walaupun Australia merupakan negara yang mengiktiraf konvensyen itu, mereka tetap mengambil langkah tegas kerana sebaik sahaja pencari suaka memasuki negara tersebut, kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan yang diperuntukkan kepada pelarian," katanya.

Azmi berkata, situasi itu membuktikan bahawa penyertaan dalam Konvensyen Pelarian 1951 tidak bermaksud sesebuah negara perlu membenarkan kemasukan pencari suaka secara bebas.

Dalam pada itu, beliau mengakui Malaysia berdepan cabaran untuk mengimbangi penguatkuasaan undang-undang dengan persepsi masyarakat, khususnya apabila tindakan diambil terhadap pendatang tanpa izin atau pencari suaka.

"Kita sering dilihat tidak berperikemanusiaan apabila melaksanakan tindakan penguatkuasaan, sedangkan pada masa sama kita hanya menguatkuasakan undang-undang negara. 

“Dilema ini perlu diurus dengan baik tanpa menimbulkan salah faham mana-mana pihak," katanya. - Getaran, 4 Julai 2026

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar