web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

Politik Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2026 8:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 tidak akan menjejaskan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, justeru semua parti yang bertanding seharusnya berkempen secara berhemah.

Menegaskan perkara itu Anwar berkata, pilihan raya tidak seharusnya dijadikan medan permusuhan.

Berucap pada program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Johor Bahru hari ini, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata. pemimpin politik perlu lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan dikeluarkan serta mengutamakan kepentingan rakyat.

“Kalau saya (PH) menang di Johor, saya tetap Perdana Menteri. Kalau saya kalah di Johor pun, saya tetap Perdana Menteri. Bukan saya mahu angkuh, tetapi saya cuma ingin mengingatkan semua supaya lebih berhati-hati apabila bercakap. Jangan terlalu mudah mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir,” katanya.

Jelas Anwar, kehadirannya ke Johor bukan bertujuan mencetuskan konfrontasi politik, sebaliknya bagi meneruskan agenda pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan yang besar bagi membangunkan infrastruktur serta merancakkan ekonomi Johor.

“Saya sangat berharap usaha tersebut tidak dipolitikkan,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, antara projek utama yang sedang dilaksanakan termasuk pelaburan dalam sektor pendidikan tinggi, pembinaan lebuh raya, projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS Link) serta Sistem Transit Rapid Autonomi (ART) Johor Bahru, melibatkan perbelanjaan puluhan bilion ringgit oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, Johor kini perlu memberi lebih tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik dan kos rendah, selain meningkatkan kemudahan untuk peniaga kecil sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

“Apa yang Johor masih perlukan bukan lagi projek mega. Lebuh raya kita sedang bina, universiti juga di bawah Kerajaan Persekutuan. Jalan-jalan utama kita sedang laksanakan. Ada projek RTS yang bernilai puluhan bilion ringgit, dan terbaru projek ART di Johor Bahru yang mencecah RM15 hingga RM16 bilion. Itu semua kita akan cari peruntukannya.

“Tetapi yang lebih penting ialah rumah untuk rakyat dan gerai yang lebih baik untuk peniaga kecil. Lihat di Kuala Lumpur sekarang, lebih 100 gerai penjaja telah dinaik taraf supaya lebih bersih dan selesa. Peniaga kecil berdepan pelbagai cabaran. Sebab itu kita beri perhatian kepada mereka kerana pemimpin perlu memikirkan nasib rakyat di peringkat akar umbi. Itulah dasar kita,” katanya.

Dalam nada berseloroh, Anwar turut menyifatkan terdapat pihak yang dilihat begitu ghairah mahu Johor mengadakan pilihan raya negeri lebih awal walaupun pentadbiran sedia ada masih mempunyai tempoh beberapa tahun sebelum tamat penggal.

“Mereka fikir lagi cepat pilihan raya diadakan, lagi mudah mereka menang. Belum tentu. Silap-silap lagi cepat pilihan raya diadakan, lagi banyak kerusi mereka hilang,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

4

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad