web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

Politik Dikemaskini 31 minit yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2026 5:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan dalam pilihan raya bukan mandat pengampunan untuk individu tertentu, dan sebarang kenyataan membawa elemen sedemikian terbukti memperlekehkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata, kenyataan Datuk Nazifuddin Najib kononnya kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor adalah isyarat rakyat yang mahu Datuk Seri Najib Razak diampunkan, jelas satu ejekan terhadap prinsip demokrasi. 

Menurut beliau, kenyataan itu juga bersifat angkuh dan menghina kebijaksanaan rakyat Johor.

“Pilihan raya bukan referendum untuk menentukan nasib seorang individu. 

“Pilihan raya adalah medan rakyat memilih kerajaan yang mampu mentadbir dengan berintegriti, mengurus ekonomi, mengurangkan kos sara hidup, menarik pelaburan dan membina masa depan negeri,” katanya.

Kesal dengan kenyataan tersebut yang dianggap dangkal, Sivamalar berkata, setiap undi rakyat Johor sangat bernilai dan ia tidak boleh dijadikan lesen politik untuk menyelamatkan seorang individu yang telah dihukum oleh mahkamah.

“Pakatan Harapan (PH)sentiasa menghormati Institusi Kehakiman Negara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam proses pengampunan yang mempunyai saluran serta prosedur tanpa sebarang tekanan atau eksploitasi politik.

“Nazifuddin juga melupakan fakta sejarah pada PRU 2018 apabila Johor mencatatkan kadar keluar mengundi sekitar 89 peratus dan buat pertama kali dalam sejarah, BN tumbang di negeri yang sekian lama dianggap kubu kuatnya,” katanya.

Tegas beliau, kemenangan besar BN dalam PRN Johor 2022 berlaku semasa pandemik COVID-19 yang menyebabkan kadar keluar mengundi hanya sekitar 54.9 peratus. 

Fakta berkenaan katanya, membuktikan rakyat Johor membuat keputusan berdasarkan harapan mengenai masa depan negeri bukan demi kepentingan mana-mana individu, apabila keluar mengundi.

“Justeru, cubaan menafsir keputusan tersebut sebagai ‘mandat rakyat’ untuk pengampunan Najib bukan sahaja tidak berasas malah merupakan manipulasi politik terhadap suara rakyat.

“Pada 11hb Julai 2026 nanti, saya yakin rakyat Johor sekali lagi akan membuktikan bahawa mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak boleh diperalatkan, dan tidak boleh dipaksa menerima naratif yang menghina kebijaksanaan mereka,” katanya. 

Sivamalar menarik perhatian, demokrasi bukan milik mana-mana keluarga politik, sebaliknya hak mutlak rakyat. 

“Dan rakyat Johor tahu bagaimana mempertahankannya. Pada 11hb Julai ini rakyat Johor akan memberikan pengajaran kepada Nazifuddin melalui peti undi,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

2

Politik 21 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Politik 4 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar