web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 8:14AM

Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini kelmarin tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kenyataan awal yang mengaitkan suspek sebagai ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) adalah susulan bapa lelaki itu ada pengalaman dengan kumpulan pengganas tersebut.

Beliau berkata data Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bapa suspek yang berusia 62 tahun itu merupakan ahli kumpulan JI.

"Dia (suspek) bukan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tiada kaitan dengan JI, dia bukan ke arah itu (terbabit dengan kumpulan pengganas)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin menjelaskan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu bertindak sendirian dalam serangan terbabit.

Saifuddin berkata tindakan lelaki warga tempatan itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

"Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang," katanya.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi itu, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak.

Susulan kejadian itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun serta dua individu lain dan kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad