web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 5:31PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM), kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata KKM juga akan membuat pengumuman berkaitan penutupan sekolah jika terdapat keperluan berbuat demikian berdasarkan penelitian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

"Jangan khuatir, sejurus ada situasi seperti itu (menutup sekolah), (kita) segera buat pengumuman," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keperluan menutup sekolah ekoran keadaan cuaca yang panas sejak kebelakangan, dan semalam Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata cuaca panas susulan fenomena El Nino di negara ini dijangka berterusan hingga Julai.

Dr Dzulkefly berkata prosedur operasi standard (SOP) berhubung cuaca panas sedia ada termasuk nasihat mengurangkan aktiviti luar di sekolah mash kekal, dengan Kementerian Pendidikan termasuk guru besar digesa tidak membenarkan pelajar menjalankan aktviti luar jika suhu kekal 35 darjah Celsius tiga hari berturut-turut sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu Dr Dzulkefly berkata rancangan bagi menangani isu kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital daerah akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Malam ini (ada) mesyuarat tergempar dengan pengurusan tinggi KKM untuk tangani perkara ini (dan) sehari dua nanti akan umum rancangan pelaksanaan," katanya.

Pada majlis hari ini Dr Dzulkefly turut melancarkan Pelan Strategik Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2024-2028 dalam mentransformasikan agensi itu ke arah operasi regulatori bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata pelan itu mencerminkan keazaman MDA untuk berada di barisan hadapan bagi kawalan mutu, jaminan keselamatan dan kawal selia industri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar