web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2025 8:35PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua negeri melaporkan peningkatan, dengan lima negeri tertinggi ialah Selangor sebanyak 43 kluster, Kuala Lumpur dan Putrajaya (15 kluster), Pulau Pinang (10 kluster), Johor (sembilan kluster) dan Kedah (lima kluster).

"Majoriti kluster dilaporkan berlaku di sekolah menengah iaitu 32 kluster, sekolah rendah (26), tadika (15) dan sekolah swasta (sembilan).

"Peningkatan ini mencerminkan pola penularan influenza bermusim yang lazim berlaku dan setakat ini masih terkawal," menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan walaupun pemantauan sentinel mendapati kadar Influenza-Like IlIness (ILI) meningkat diikuti pertambahan jumlah kluster influenza, peningkatan itu masih dalam jangkaan musim influenza dan terkawal.

Menurut kenyataan itu kadar kemasukan ke hospital bagi kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) menunjukkan sedikit penurunan.

KKM memaklumkan survelan makmal juga mengesahkan tiada mutasi baharu dikesan, dengan penularan berpunca daripada virus Influenza A (H3), iaitu strain bermusim.

Menurut kenyataan itu, pemantauan di 58 klinik kesihatan sentinel seluruh negara menunjukkan kadar ILI meningkat kepada 7.38 peratus pada ME 40/2025 berbanding 5.95 peratus pada minggu sebelumnya.

"KKM juga ingin menjelaskan bahawa ujian makmal tidak dijalankan secara rutin bagi semua kes ILI kerana majoritinya bergejala ringan dan boleh didiagnosis secara klinikal tanpa memerlukan pengesahan makmal.

"Rawatan diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak kecil, wanita hamil serta individu dengan penyakit kronik yang bergejala jangkitan influenza," menurut kenyataan itu.

Secara umumnya, menurut KKM influenza boleh pulih tanpa rawatan khusus dan pesakit dinasihatkan untuk berehat secukupnya, minum air dengan banyak serta mengamalkan etika batuk serta kebersihan diri bagi mengelakkan penularan kepada orang lain.

Bagi institusi pendidikan, KKM menyarankan pihak berwajib untuk membuat pemantauan pelajar yang bergejala, memastikan mereka segera mendapatkan rawatan serta diasingkan, dan memberi makluman awal kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya berlaku peningkatan kes bagi membolehkan tindakan kawalan dilaksanakan dengan segera.

"KKM akan terus memantau situasi influenza di seluruh negara dan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

"Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, usaha mengawal influenza ini tanggungjawab bersama, kerajaan, komuniti, institusi pendidikan dan seluruh rakyat, demi memastikan anak-anak dapat belajar dengan selamat, warga emas terlindung, dan masyarakat terus sihat serta sejahtera," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad