web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2025 3:37PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta rawatan susulan kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), yang telah kembali ke tanah air selepas dibawa pulang dari Greece.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pemeriksaan berkenaan, turut merangkumi sokongan psikososial dan mental yang akan dilaksanakan melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), secara berterusan.

"KKM akan memastikan sukarelawan yang kembali ini mendapat pemeriksaan menyeluruh, rawatan jika perlu, serta sokongan psikososial dan mental. Perkhidmatan ini akan disediakan secara menyeluruh dan berterusan melalui NCEMH," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jantung Jelajah Wira MADANI 2025, di Hospital Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Beliau berkata KKM sentiasa peka dengan perkembangan semasa misi berkenaan dan akan terus memantau keadaan semua delegasi yang terlibat.

"Kita juga mendoakan agar baki sukarelawan yang masih ditahan dibebaskan segera. Solat hajat telah diadakan dan KKM bersama pasukan berkaitan sentiasa bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan," katanya.

Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) sebelum ini mengesahkan enam sukarelawan misi GSF iaitu lima wakil Malaysia dan seorang wakil Brunei disahkan selamat tiba di tanah air, kelmarin.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim dilapor berkata mereka akan berada di SNCC bagi meneruskan penugasan bersama pasukan operasi termasuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan misi GSF.

Enam individu berkenaan ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Mohd Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid serta seorang sukarelawan Brunei, Rezahmaisalamah Ma Yusof.

Selain itu, dua lagi wakil Malaysia kini berada di Amman, Jordan untuk membantu pasukan perundangan yang sedang menguruskan isu tahanan.

Manakala baki peserta misi yang ditahan pihak berkuasa Israel termasuk beberapa figura awam dan aktivis akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga, sebagaimana disahkan Kementerian Luar.

Antara mereka ialah Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah, Nurfarahin Romli (Farah Lee), artis Zizi Kirana, serta beberapa individu lain yang berada di kapal berasingan ketika misi dijalankan.

pemMisi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Larangan Penuh Penjualan Rokok Elektronik, Produk Vape Bakal Dilaksana - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar