web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Penuh Penjualan Rokok Elektronik, Produk Vape Bakal Dilaksana - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2025 1:09PM

Larangan penjualan rokok elektronik dan produk vape akan dilaksanakan secara berperingkat - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan penuh terhadap penjualan rokok elektronik dan produk vape bakal  dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan tersebut bagaimanapun akan dilakukan scara berperingkat.

Menurut beliau, ia akan dimulakan dengan pengharaman ke atas peranti sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua bentuk produk berkaitan vape.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu penyalahgunaan produk vape yang semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan awam,” katanya.

Dr Dzulkefly menyatakan demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini.

Dr Dzulkefly Ahmad - Gambar fail
Dr Dzulkefly Ahmad - Gambar fail

Jelas beliau, tiada garis masa rasmi ditetapkan setakat ini, namun perbincangan awal telah diadakan antara Kementerian Kesihatan dengan beberapa kementerian lain dan agensi utama kerajaan.

“Antara yang terlibat termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Pejabat Penasihat Undang-Undang,” katanya. 

Dr Dzulkefly berkata, hasil daripada perbincangan itu bersama cadangan pelaksanaan, akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan dasar. 

Keputusan Kabinet ini katanya,  akan menjadi asas kepada penguatkuasaan larangan penuh penjualan vape di seluruh negara.

Menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa kerajaan komited untuk melindungi rakyat daripada kesan buruk penggunaan vape, sejajar dengan amalan beberapa negeri yang telah mengambil langkah lebih awal.

“Sehingga kini, enam kerajaan negeri  iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang memutuskan untuk tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen peruncitan vape melalui pihak berkuasa tempatan masing-masing.

“Tindakan ini adalah langkah proaktif yang wajar dipuji kerana selaras dengan agenda kesihatan awam negara,” katanya.

Beliau menarik perhatian, langkah kerajaan pusat ini juga mencerminkan konsensus nasional yang semakin jelas mengenai keperluan kawalan lebih ketat terhadap produk vape.

“Ini terutamanya untuk produk vape yang dipasarkan kepada golongan muda tanpa kawalan jelas,” katanya. - Getaran, 10 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

9.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dibuang Kerana Tamat Tempoh - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hak Kesihatan Bukan Keistimewaan Eksklusif - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad