web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hak Kesihatan Bukan Keistimewaan Eksklusif - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 4:14PM

Hak kesihatan perlu dimartabatkan secara bersama bagi menangani kesenjangan kesihatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hak kesihatan tidak boleh dianggap sebagai keistimewaan yang eksklusif kerana ia adalah milik setiap manusia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hak kesihatan memerlukan pengiktirafan dan penunaian oleh semua.

Menurut beliau, hak kesihatan perlu dimartabatkan secara bersama bagi menangani kesenjangan kesihatan dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi darurat di masa hadapan.

“Walaupun pelaksanaan agenda pembaharuan yang terkandung Kertas Putih Kesihatan menjadi kian sukar akibat pemulihan ekonomi pascapandemik, usaha untuk meningkatkan penjagan kesihatan sejagat dan kesaksamaan kesihatan mampu sekiranya hak kesihatan dinobatkan sebagai teras agenda kita,” katanya.

Dr Dzulkefly menyatakan demikian sebagai mengulas sambutan Hari Kesihatan Sedunia tahun ini yang bertemakan ‘Kesihatan Saya Hak Saya’.

Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail
Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail

Jelas beliau, hak kesihatan merangkumi empat unsur penting yang saling berkait iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, penerimaan dan mutu. 

“Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan ketara dalam penawaran penjagaan kesihatan secara sejagat berdasarkan keempat-empat unsur ini, masih banyak yang perlu dikhtiarkan untuk membolehkan rakyat menikmatinya secara saksama.

“Sebagai contoh, Malaysia berjaya menangani kesenjangan capaian penjagaan kesihatan melalui pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan terpencil,” katanya. 

Mengulas lanjut Dr Dzulkefly berkata, pelbagai daya usaha telah dilaksana seperti membina fasiliti penjagaan kesihatan baharu di kawasan pedalaman. 

“Malaysia juga telah mengagihkan peruntukan dalam bidang teleperubatan dan klinik kesihatan bergerak untuk menyampaikan khidmat kepada penduduk yang sukar mendapat perkhidmatan seperti di kawasan terpencil.

“Usaha seperti ini berjaya meningkatkan capaian serta mutu penjagaan kesihatan untuk masyarakat pedalaman, selain merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Usaha meningkatkan sektor kesihatan negara sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan - gambar hiasan
Usaha meningkatkan sektor kesihatan negara sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan - gambar hiasan

Beliau bagaimanapun mengakui, masih banyak yang perlu diusahakan untuk merealisasikan penjagaan kesihatan sejagat.

Kerajaan Madani katanya, komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruh termasuk penggubal dasar, pembekal penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta kerana menjayakan hak kesihatan memerlukan gemblengan usaha bersama.

“Menginsafi peranan liputan kesihatan sejagat (UHC) demi menjamin capaian yang saksama, Malaysia telah berusaha memperluaskan cakupan UHC dan meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Untuk mengelakkan keciciran, kita harus terus melabur untuk mengembangkan UHC dan mengukuhkan sistem kesihatan,” katanya.

Dr Dzulkefly menarik perhatian, sebuah sistem yang mampan dan inklusif bukan sahaja menjadi jaminan capaian penjagaan kesihatan yang saksama, malah membolehkan setiap individu membuat keputusan termaklum tentang hal ehwal kesihatan mereka.

“Ini dapat memupuk budaya pengurusan kesihatan yang proaktif. Untuk hidup sihat, setiap individu memerlukan perkhidmatan kesihatan dan sumber yang secukupnya. 

“Masa depan yang lebih cerah dan sihat, sama ada untuk kita atau generasi seterusnya, adalah hak bersama,” katanya. - Getaran, 7 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Larangan Penuh Penjualan Rokok Elektronik, Produk Vape Bakal Dilaksana - Dr Dzulkefly

3

Semasa 2 tahun yang lalu

9.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dibuang Kerana Tamat Tempoh - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad