web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Makamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan ,Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais menolak rayuan wanita itu dalam keputusan majoriti 2-1.

Abang Iskandar dan Abu Bakar menolak rayuan wanita itu manakala Mary Lim membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Dalam penghakiman majoriti yang disampaikan secara dalam talian, Abang Iskandar berkata kes wanita itu tidak terjumlah dalam kategori beliau tidak pernah beragama Islam.

Mary Lim pula memutuskan wanita itu bukanlah seorang penganut Islam kerana pertukaran agama sebelah pihak yang dilakukan oleh ibunya adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Wanita itu berkata dia dilahirkan sebagai seorang Hindu kepada ibu bapa bukan Islam dan masih kecil ketika ibunya bertindak mengislamkannya pada 1991 manakala bapanya meninggal dunia pada 1996.

Ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki Islam selepas bercerai dengan bapa wanita itu.

Wanita itu mendakwa walaupun memeluk agama Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu iaitu agama yang dianuti sejak dilahirkan.

Pada 12 Disember 2013, wanita itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama islam.

Bagaimanapun pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya. Mahkamah Rayuan Syarian juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.

Selepas gagal di Mahkamah Syariah, wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa beliau bukan beragama Islam.

Pada 23 Mei tahun lepas, wanita itu kemudian mendapat kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan membangkitkan enam persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, A.Surendra Ananth dan Wong Ming Yen mewakili wanita itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda bertindak bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib @Hamid dan Pembantu Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Khairul Nizam Abu Bakar hadir bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar