web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 3:56PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan barang rampasan dalam serbuan terhadap sindiket penipuan pelaburan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang telah menjadi mangsa skim penipuan pelaburan berisiko kehilangan hak untuk mendapatkan semula wang mereka walaupun selepas melalui proses undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan itu hasil kegiatan haram dan mangsa tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan undang-undang yang sah terhadapnya.

"Bukti menunjukkan mereka (pelabur) secara sukarela dan tanpa paksaan telah mendepositkan wang ke akaun yang diarahkan untuk menjadi pelabur dalam skim VenusFX serta mengharapkan pulangan atas pelaburan berkenaan," katanya dalam Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini. 

Pada 24 April lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak melebihi RM1.1 juta daripada 79 pelabur skim pengambilan deposit secara haram.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut mengarahkan wang berkenaan dilucut hak kepada hasil kerajaan.

Sehubungan itu, Ramli mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali terlibat dengan apa jua skim pelaburan tidak berdaftar khususnya yang diiklankan melalui laman sosial dan seumpamanya. 

Ditanya jika terdapat mangsa scam mahu membuat tuntutan, Ramli berkata, proses berkenaan boleh dibuat sekiranya ada permohonan kepada pegawai penyiasat kes, namun keputusan ditentukan oleh mahkamah.

Selain itu, Ramli berkata, sejak kebelakangan ini, banyak syarikat menawarkan pelaburan berasaskan emas dan semakin menjadi pilihan ramai ekoran ketidaktentuan ekonomi global serta mata wang ketika ini.

"Mengikut rekod siasatan, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian. Misalnya, jika harga emas terus dalam trend menaik, ramai pelabur menjual untuk keuntungan.

“Dalam masa sama, syarikat tidak dapat memenuhi tebusan emas berkenaan dan ini akan memberi kesan kepada pelabur," katanya.

Sehubungan itu, Ramli berkata, JSJK melihat wujud keperluan agar satu mekanisme lebih mantap diwujudkan untuk memantau dan menyelia skim-skim pelaburan oleh syarikat-syarikat khususnya yang berkaitan dengan pelaburan emas. 

"Jabatan ini mencadangkan agar Bank Negara Malaysia menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan syarikat pelaburan yang berasaskan logam berharga sebegini berdaftar dengan mereka.

"Ini penting bagi menentukan wang yang dilaburkan adalah terjamin sekali gus mengelakkan kewujudan lebih banyak skim penipuan pelaburan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran